Skip to main content

UMPSA successfully hosts ICCEIB 2026, driving global research and sustainable innovation

JOHOR BAHRU, 9 July 2026 – The 8th International Conference on Chemical Engineering and Industrial Biotechnology (ICCEIB 2026), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) was successfully held on 8 and 9 July 2026 at the Ramada Hotel by Wyndham Meridin, Johor Bahru, in a hybrid format, bringing together researchers, academics, industry practitioners, and students from various countries to exchange knowledge and strengthen international research collaboration in the fields of chemical engineering and industrial biotechnology.

Perniagaan lebih selamat, komuniti lebih sejahtera hasil kerjasama UMPSA-MBK

KUANTAN, 25 Jun 2026 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) terus memperkukuh peranannya sebagai rakan strategik komuniti apabila menganjurkan Program Modul Latihan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar khusus kepada peniaga pasar malam di sekitar Kuantan baru-baru ini.

Hijrah dan Budaya Kerja Positif di Universiti: Dari Transformasi Minda kepada Perubahan Tingkah Laku

Melangkah kembali ke bulan Muharam, mengajak kita merenungi satu perkara penting berkaitan hijrah. Umumnya, apabila berbicara tentang hijrah, ramai yang mengaitkannya dengan perubahan peribadi dalam aspek ibadah dan penampilan semata. Namun, dalam perspektif Islam, hijrah adalah suatu proses transformasi yang menyeluruh meliputi cara berfikir (mindset), kefahaman (worldview), sikap (attitude) dan akhirnya tingkah laku (behaviour).

Penyelidik UMPSA berjaya temui spesis Bunga Pekan

PEKAN, 8 Julai 2026 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) melalui Pusat Penyelidikan Bioaromatik berjaya menemui spesies Bunga Pekan yang menjadi inspirasi bagi nama Bandar Pekan Bandar Diraja dalam usaha memperkukuh peranannya terhadap usaha pemeliharaan warisan negara.

Mengikut cerita masyarakat terdahulu, Bandar Pekan mendapat namanya daripada sejenis bunga yang dikenali sebagai Bunga Pekan yang suatu ketika dahulu tumbuh menjalar dengan subur di sepanjang tebing Sungai Pahang.

Apabila Sejarah Dipertikai: Antara Kontroversi dan Kebenaran

Sejarah merupakan disiplin ilmu yang berperanan merakam, mentafsir dan menjelaskan peristiwa lampau berdasarkan bukti yang sahih. Namun, perkembangan teknologi maklumat dan media sosial telah menjadikan sejarah semakin terdedah kepada pelbagai bentuk tafsiran, manipulasi dan dakyah yang mencetuskan kontroversi dalam masyarakat.

Bicara Kepimpinan UMPSA bersama Pengarah AKEPT sasar kepentingan pembangunan bakat ke arah kelestarian institusi

PEKAN, 7 Julai 2026 – Warga universiti perlu menilai tahap kesiapsiagaan organisasi melalui persoalan yang mencabar pemikiran, iaitu sama ada setiap pusat tanggungjawab mempunyai pemimpin pelapis yang bersedia mengambil alih sekiranya berlaku kekosongan jawatan kepimpinan. 

Menurut Pengarah Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Profesor Dr. Harshita Aini Haroon, pembangunan kepimpinan bukan lagi satu pilihan, sebaliknya merupakan satu keperluan strategik bagi menjamin kesinambungan organisasi.

UMPSA Leadership Cafe, perkukuh kelestarian kolam bakat UMPSA

PEKAN, 7 Julai 2026 – Seramai 53 peserta dalam kalangan kumpulan bakat menerima Laporan Profil Kepimpinan masing-masing dalam Program UMPSA Leadership Cafe. 

Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Ts. Dr. Kamal Yusoh yang mewakili Naib Canselor UMPSA.