Skip to main content

Kunjungan Duta Besar Jerman ke UMP perkukuh hubungan baik dua hala

PEKAN, 26 Januari 2022 - Kunjungan Duta Besar Jerman ke Malaysia, TYT Dr. Peter Blomeyer ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) memperkukuh hubungan baik menjangkau usia 12 tahun jalinan kerjasama akademik antara Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan institusi pendidikan Jerman dalam mengembangkan model pendidikan kejuruteraan Jerman (Fachhochschule) dalam sistem pendidikan teknikal negara. 

Bakal Graduan Miliki Ilmu Pengurusan dan Teknikal dalam Program Kejuruteraan Perniagaan UMP

Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebagai universiti teknologi lima bintang bertaraf dunia cukup dikenali dalam menawarkan program berteraskan Kejuruteraan dan Teknologi yang berkualiti dan diiktiraf. UMP juga merupakan destinasi pendidikan tinggi pilihan pelajar lepasan sekolah dan golongan bekerjaya untuk melanjutkan pengajian di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran.

Pelajar Antarabangsa Timba Pengalaman  Hayati Keindahan Alam

Cherating, 27 Oktober– Seramai 30 orang pelajar antarabangsa Universiti Malaysia Pahang (UMP) dari Bangladesh, China, Egypt, India, Iraq, Nigeria,  Pakistan, Sudan, Somalia dan Yaman menyertai program kesukarelawanan sambil menimba pengalaman baharu melalui pengenalan kepada tempat menarik di negeri Pahang. Program dianjurkan Pejabat Antarabangsa UMP dengan bertemakan `Love Nature’ ini.

Pasukan UMP- Tech cipta kejayaan dalam SEM Asia 2018

Singapura - Pencapaian mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) daripada pasukan UMP-Tech membanggakan apabila berjaya mewakili Malaysia dalam pertandingan Shell Eco Marathon Asia 2018 (SEM) yang berlangsung di Changi Exhibition Centre, Singapura baru-baru ini.

 

Pertandingan menyaksikan kereta EV-Tech daripada pasukan UMP-Tech  berjaya melepasi sesi pemeriksaan kereta dan menghabiskan 9 pusingan litar di bawah 25 minit di litar sekaligus mendapat tempat ke-14 bagi kategori Prototype– Bateri Elektrik yang merupakan antara kategori paling kompetitif dalam kejohanan ini.

Subscribe to International