Universiti Pemangkin Lahir Bakat Ekonomi Hijau
Ketika dunia berdepan cabaran perubahan iklim, ketidaktentuan tenaga dan kemerosotan alam sekitar, tumpuan pembangunan global kini tidak lagi hanya kepada pertumbuhan ekonomi, sebaliknya turut menekankan kelestarian dan kesejahteraan generasi masa depan.
Dalam tempoh sedekad akan datang, Malaysia bukan sahaja memerlukan lebih banyak jurutera dan saintis, tetapi juga generasi baharu yang mampu memimpin ekonomi hijau negara. Persoalannya, adakah universiti kita benar-benar bersedia melahirkan bakat tersebut?
Keperluan kepada bakat dalam bidang tenaga dan kelestarian dijangka terus meningkat. Ini sejajar dengan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR). Melalui pelan ini, Malaysia menyasarkan kapasiti tenaga boleh diperbaharui mencapai 40 peratus daripada kapasiti terpasang menjelang tahun 2035 dan meningkat kepada 70 peratus menjelang tahun 2050. Pada masa yang sama, pelaksanaan projek-projek peralihan tenaga diunjurkan menarik pelaburan bernilai lebih RM25 bilion serta mewujudkan kira-kira 23,000 peluang pekerjaan baharu dalam sektor hijau. Keadaan ini menunjukkan bahawa pembangunan modal insan bukan lagi pilihan, sebaliknya menjadi prasyarat kepada kejayaan agenda transformasi negara.
Malaysia turut mengorak langkah ke arah tersebut. Pelbagai dasar dan inisiatif telah diperkenalkan bagi memperkukuh agenda kelestarian negara, termasuk usaha memperluas penggunaan tenaga boleh diperbaharui, mempercepat peralihan tenaga serta mengurangkan pelepasan karbon. Komitmen ini sejajar dengan aspirasi negara untuk mencapai pembangunan yang lebih mampan dan berdaya tahan dalam jangka panjang.
Walau bagaimanapun, kejayaan agenda ekonomi hijau tidak hanya bergantung kepada dasar kerajaan atau kemajuan teknologi semata-mata. Faktor paling penting ialah keupayaan negara menyediakan modal insan yang mampu memahami, menggerakkan dan memimpin perubahan tersebut. Dalam hal ini, universiti memainkan peranan yang amat strategik.
Institusi pengajian tinggi (IPT) bukan sekadar pusat penyampaian ilmu, malah menjadi wadah pembentukan pemimpin masa hadapan, penjana inovasi dan pemacu pembangunan negara. Universiti perlu memastikan graduan yang dilahirkan bukan sahaja memiliki pengetahuan teknikal yang kukuh, tetapi juga mempunyai kesedaran terhadap tanggungjawab sosial, kelestarian alam sekitar dan keperluan pembangunan negara.
Realitinya, landskap pekerjaan sedang mengalami perubahan yang ketara. Kemajuan teknologi digital, kecerdasan buatan, automasi dan analitik data telah mengubah keperluan industri. Dalam masa yang sama, pertumbuhan sektor tenaga boleh diperbaharui, teknologi hijau, pengurusan karbon dan ekonomi kitaran membuka peluang pekerjaan baharu yang sebelum ini tidak wujud.
Majikan kini mencari graduan yang mampu berfikir secara kritis, menyelesaikan masalah kompleks dan bekerja merentasi pelbagai disiplin ilmu. Dalam sektor tenaga dan alam sekitar khususnya, cabaran yang dihadapi semakin kompleks sehingga memerlukan gabungan

Oleh: Profesor Madya Ts. Dr. Azrina Abd Aziz
E-mel: azrinaaziz@umpsa.edu.my
- 64 views
Reports by: