Profesor Madya Ts. Dr. Norhayati cipta proses rawatan air menggunakan resin
GAMBANG, 6 April 2021 - Penyelidik dan Pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Profesor Madya Ts. Dr. Norhayati Abdullah, 42, telah menjalankan penyelidikan mengenai proses rawatan air menggunakan resin.
Projek penyelidikan yang bertajuk Ion Exchange Resin for Innovative Water Treatment System itu telah bermula sejak tahun 2014 dan siap sepenuhnya pada tahun 2017.