Skip to main content

3 staf UMPSA dianugerahkan pangkat kehormat di bawah APMM

GEBENG, 22 Julai 2024 – Seramai tiga orang staf Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dianugerahkan pangkat kehormat di bawah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) baru-baru ini. 

Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kehormat itu telah disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri Pahang, Yang Berusaha Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan Mat Rejab. 

Turut hadir menyerikan majlis ialah Ketua Kluster Pengajian Pengurusan dan Profesional, menanggung tugas Pengarah Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Yang Berusaha Kepten Maritim Haris Fadzillah Abdullah, pegawai-pegawai dan anggota-anggota lain-lain pangkat APMM serta kadet PASKAM UMPSA.

3 staf UMPSA dianugerahkan pangkat kehormat di bawah APMM

Mendahului senarai ialah Pengarah Akademi A.D.A.B, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA), Profesor Madya Dr. Mohd Nizam Mohmad Kahar yang telah dianugerahkan pangkat kehormat Leftenan Maritim Kehormat berkuat kuasa pada 20 Mac 2024. 

Diikuti pula dengan Pengarah Pusat Kerjaya UMPSA, Profesor Madya Dr. Izwan Ismail juga yang dianugerahkan pangkat kehormat berkuat kuasa pada 20 Mac 2024 dengan pangkat Leftenan Maritim Kehormat.

Manakala Eksekutif Kanan Akademi Adab, JHEPA, Saharudin Ramli pula telah dianugerahkan pangkat kehormat LEFTENAN MADYA MARITIM KEHORMAT juga berkuat kuasa pada 20 Mac 2024. 

Pada masa yang sama turut diadakan Majlis Penutup Kem Tahunan serta Pengukuhan Pasukan Kadet PASKAM UMPSA Siri 1/2023. 

Kem tahunan ini telah diadakan selama 12 hari bermula pada 10 Julai 2024 di AMSAS yang melibatkan seramai 41 orang Kadet PASKAM.

Kem ini merangkumi silibus pengenalan search and rescue serta lawatan sambil belajar ke system Cospas-Sarsat, Malaysia Mission Control Center (MYMCC), silibus navigasi seperti peralatan navigasi dan pengenalan Iala Buoyage System, silibus undang-undang serta siasatan.

Lain-lain silibus adalah prosedur tangkapan, tatacara geledah dan penggunaan kekerasan mengikut jenis serta kategori ancaman, silibus ilmu kelautan seperti evolusi tali temali dan pengenalan bahagian-bahagian kapal dan juga silibus komunikasi yang meliputi pengenalan komunikasi APMM dan latihan praktikal serta komunikasi taktikal.

Selain daripada silibus akademik, para kadet telah didedahkan dengan latihan fizikal seperti larian berhalang litar lasak, uji cergas, latihan water confident, latihan kawad kaki dan latihan menembak senjata kecil pistol untuk memastikan semua kadet dapat merasai pengalaman sebagai seorang pegawai dan anggota maritim Malaysia.

Sebelum majlis berakhir, turut diadakan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang kadet PASKAM bagi acara persembahan malam mesra, water confident sukan kayak, pertandingan menembak precision 15 meter, pertandingan ujian kecergasan kategori kadet PASKAM lelaki dan Wanita. 

Kemuncak acara majlis pula ialah penyampaian Anugerah Kadet PASKAM terbaik akademik, kadet PASKAM lelaki dan Wanita terbaik serta penyampaian sijil penghargaan kepada pegawai dan jurulatih yang terlibat serta sijil penyertaan kepada wakil pasukan kadet PASKAM UMPSA siri 1/2023.

Disediakan Oleh: Leftenan Madya Maritim Kehormat Saharudin Ramli, Akademi A.D.A.B., Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA)

Foto: Darolhisham Darus, Akademi A.D.A.B., Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA)

Reports by:
Admin UMP News