Skip to main content

Penyelidikan UMP diiktiraf terbaik raih anugerah ITEX

Kuala Lumpur - Universiti Malaysia Pahang (UMP) raih  Anugerah Patron of ITEX Award apabila cemerlang dengan pencapaian 100 peratus dengan 30 hasil penyelidikan iaitu 18 pingat emas dan 12 pingat perak dalam International Invention & Innovation Exhibition (ITEX) ke-29 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini.

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) mengungguli pencapaian dengan menyumbang enam pingat emas diikuti lima pingat emas dari Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli (FKKSA), tiga pingat emas dari Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) dan masing-masing dua pingat dari Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian (FSKKP) dn Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam (FKASA). Turut membanggakan, pensyarah FKKSA, Dr. Jun Haslinda Haji Shariffuddin yang menang pingat emas dinobatkan Best Invention Award (Kategori Universiti/Institusi Pendidikan) bagi projek “Recovering Value From Waste : Development Of Bioscaffold From Cockle Shell For Dental Biomaterials”.  

Pingat emas diraih pensyarah FKKSA, Profesor Dr. Hayder A. Abdul Bari dengan tajuk penyelidikan “Membrane Less Microfluidics Seawater Desalination Chip”, pensyarah FSTI, Profesor Madya  Dr. Mohd Hasbi Ab Rahim  dengan tajuk penyelidikan “Crude Glycerol To Valuable Chemical Product - A Reliable Industry Process” dan  pensyarah FKASA, Dr. Sharifah Maszura Syed Mohsin dengan tajuk penyelidikan “KENCRETE: Green Material For Building Structures”. Profesor Madya  Dr. Khairunisa Muthusamy (FKASA) dengan tajuk penyelidikan “ECO-LITECRETE: From Waste To Wealth”, Dr. Aizi Nor Mazila Ramli (FIST) dengan tajuk penyelidikan “BEEFALIN: Meat Tenderizer From Non-Edible Pineapple Parts”, Dr. Izan Izwan Misnon (FIST) dengan tajuk penyelidikan “PALM-O-LITE: Palm Oil Based Aerosol For Culinary Applications”.

Lain-lain Dr. Daing Mohamad Nafiz Daing Idris (FKM), Dr. Devarajan A/L Ramasamy (FKM), Profesor Madya Dr. Wan Azmi Wan Hamzah (FKM), Profesor Madya  Dr. Md. Maksudur Rahman Khan (FKKSA), Dr. Ftwi Yohaness Hagos (FKM), Profesor Madya  Dr. Arun Gupta (FKKSA), Dr. Sumaiya   Zainal Abidin@ Murad (FKKSA), Ir. Dr. Mohd Fairusham Ghazali (FKM), Dr. Mohd Hafizi  Zohari (FKM), Ts. Dr. Mohamad Fadli Zolkipli (FSKKP) dan Dr. Abdulrahman Ahmed Mohammed Al-Sewari (FSKKP).

Sementara itu pingat perak  diraih Profesor Madya Dr. Mazlina Abdul Majid (FSKKP), Dr. Taha Hussein Alaaldeen Rassem (FSKKP), Dr. Rahmah Binti Mokhtar (FSKKP), Dr. Waheb Abdul Jabbar Shaif Abdullah (FTEK), Dr. Md. Manjur Ahmed (FSKKP), Siti Roslindar   Yaziz (FIST) , Profesor Madya Dr. Ruzaini Bin Abdullah Arshah (FSKKP), Dr. Mohd Ruzaimi Bin Mat Rejab (FKM), Dr. Rasidi  Roslan (FIST) , Profesor Madya Ir. Dr Ahmad Razlan Yusoff (FKP), Dr. Md. Arafatur Rahman (FSKKP) dan Dr. Munira Abdul Razak dari Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan dengan tajuk penyelidikan “Divo Adami4.0”.

Berita disediakan oleh Muhammad Nasiruddin Mansor dari Jabatan Penyelidikan dan Inovasi dan suntingan Bahagian Komunikasi Korporat PNC

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Nur Laila binti Afandi