Skip to main content

Saintis muda UMPSA rangkul penghargaan antarabangsa di Microbiome Summit 2025

HONG KONG, 11 Januari 2025 - Kajian pelajar pascasiswazah Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berjaya memenangi anugerah Best Research Abstract dan Best Poster Presentation di persidangan Microbiome Summit 2025. 

Di bawah bimbingan Profesor Madya Ts. Dr. Hajar Fauzan Ahmad daripada Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) serta tajaan daripada rakan industri, B-Crobes Laboratory Sdn. Bhd, pelajar pascasiswazah, Jasmine Teoh Wen Yi dan Siti Khadijah Kiraman bertindak sebagai pembentang poster abstrak.

Saintis muda UMPSA rangkul penghargaan antarabangsa di Microbiome Summit 2025

Bagi Jasmine Teoh Wen Yi, beliau membentangkan kajian bertajuk ‘Bifidobacterium Adolescentis: A Promising Probiotic for Promoting Holistic Wellness in Young Athletes’ yang menumpukan pada saringan potensi probiotik daripada atlet muda untuk mencari strategi terapeutik baharu yang dapat meningkatkan prestasi atletik dan kesejahteraan keseluruhan atlet melalui manipulasi mikrobiom usus.

Manakala Siti Khadijah Kiraman pula membentangkan kajian bertajuk ‘Therapeutic Potential of GABA-producing Gut Microbiota in Reducing Methamphetamine Addiction’ yang menekankan penemuan probiotik generasi baharu yang berpotensi memberi peranan pada paksi usus-otak, berkapabiliti membantu menangani masalah kesihatan mental seperti kebimbangan dan kemurungan.

Saintis muda UMPSA rangkul penghargaan antarabangsa di Microbiome Summit 2025

Menurut Profesor Madya Ts. Dr. Hajar Fauzan, Persidangan Microbiome Summit 2025 yang merupakan persidangan antarabangsa berjaya mengumpulkan pakar dalam kalangan doktor perubatan dan saintis untuk meneroka lebih dalam mengkaitkan manusia dan mikrobiom.

“Sidang kemuncak yang berlangsung di Hong Kong Science Park ini turut disertai para penceramah dan ahli panel yang terkenal dari seluruh dunia, termasuk Ketua Editor Jurnal Gut, Profesor Emad El-Omar, Profesor Eugene Chang dari Amerika Syarikat, Profesor Michael Kamm dari Australia, Profesor Jan Knol dari Belanda yang juga saintis Danone, dan Profesor Martin Wong dari Hong Kong.

Saintis muda UMPSA rangkul penghargaan antarabangsa di Microbiome Summit 2025

“Kejayaan ini pastinya memberi semangat buat pelajar lain untuk terus mencipta kejayaan dan berpeluang bertukar pandangan dan menimba pengalaman degan tenaga pakar,” ujarnya. 

Disediakan Oleh: Profesor Madya Ts. Dr. Hajar Fauzan Ahmad, Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI)

Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri