KUANTAN: Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menyediakan 17 bas kepada kira-kira 600 pelajar untuk pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri.
Naib Canselor UMPSA, Prof Datuk Dr Yuserrie Zainuddin berkata, ia membabitkan perjalanan ke sembilan destinasi iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan, Terengganu, Johor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.