Skip to main content

Kerjasama UMP-MBTCA buka peluang penyelidikan dengan universiti Bosnia - UMP

KUANTAN, 7 April (Bernama) -- Universiti Malaysia Pahang (UMP) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Malaysia Bosnia Trade Cooperation Association (MBTCA) yang membuka peluang kerjasama dalam pembangunan akademik dan penyelidikan dengan universiti di Bosnia.

Dalam kenyataannya, UMP berkata kerjasama itu melibatkan program pesisir antaranya pengajian peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan mekanikal, mekatronik, kejuruteraan awam, pembuatan, komputer, elektrik, kimia dan sains. 

Kenyataan itu turut memetik Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof Dr Wan Azhar Wan Yusoff sebagai berkata kerjasama dengan MBTCA tersebut juga akan melibatkan pembangunan penyelidikan dan perkongsian kemudahan, data, pengetahuan serta kemahiran dan lain-lain sumber.

Author
azwin