Anugerah Naib Canselor milik Rashwini
PAYA BESAR, 5 November 2022 – Aktif dalam kokurikulum dan berpesatuan sewaktu di Universiti Malaysia Pahang (UMP) bukan alasan ketinggalan dalam pelajaran.
Ia dibuktikan oleh Rashwini a/p Balasuntram, 26, graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dengan Kepujian yang telah meraih Anugerah Naib Canselor di Majlis Konvokesyen UMP Ke-17 baru-baru ini.
Anak kepada pasangan Manjulah Radakrishnan dan Balasuntram Balaraman itu berkata, pengurusan masa amat penting dalam meraih kejayaan.