FPI anjur UMPSA Business Forum 2023 dan FIM Hooding Ceremony
GAMBANG, 20 Oktober 2023 – Buat julung kalinya, Fakulti Pengurusan Industri (FPI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah mengajurkan UMPSA Business Forum 2023 dan FIM Hooding Ceremony di AC Hotel by Marriott Kuantan bar—baru ini.
Program itu diadakan khusus untuk pelajar Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) dan pascasiswazah FPI.
Pada tahun ini juga, UMPSA Business Forum menyambut ulang tahunnya yang kelapan sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2016.
Forum ini menjadi platform penting untuk pertukaran idea, pendapat dan perkongsian kepakaran dari kalangan personaliti korporat dari syarikat-syarikat terkemuka di Malaysia.
Perkongsian ini juga mampu dapat mengurangkan jurang di antara pengetahuan teori dan realiti dunia sebenar.
Di samping itu, forum tersebut dapat memberikan peluang kepada pelajar-pelajar pascasiswazah UMPSA mempelajari aspek-aspek pentadbiran dan amalan terbaik di dalam bidang pengurusan yang membolehkan mereka berfikir secara holistik.
UMPSA Business Forum yang bertemakan ‘Being Ethical, Sustainable dan Socially Responsible’ bertujuan untuk memberikan peserta pandangan berharga mengenai kisah kejayaan syarikat-syarikat yang mengamalkan amalan perniagaan yang beretika, mampan, dan bertanggungjawab secara sosial.
Oleh itu, UMPSA Business Forum berperanan sebagai satu platform yang dinamik untuk pertukaran pengetahuan terkini, penjanaan idea inovatif, dan pelaksanaan strategi baharu di dalam industri.
Panel-panel jemputan terdiri daripada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, SIRIM Berhad, Dato’ Shahrul Nizam Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tanah Makmur Berhad, Datuk Shahrul Nizam Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif, Golden Pharos Berhad, Dr. Mohd Zaki Hamzah.
Pada masa yang sama juga turut diadakan Global Classroom bersama pensyarah dan pelajar dari Telkom University, Indonesia.
Penceramah undangan ialah Profesor Dr. Indrawati MM dari Telkom University, Indonesia.
Selain itu, FIM Hooding Ceremony yang turut dianjurkan dengan majlis forum itu adalah bagi meraikan para graduan pascasiswazah FPI yang berjaya menamatkan pengajian mereka pada Sesi konvokesyen ke-18 pada tahun ini.
UMPSA Business Forum 2023 dan FIM Hooding Ceremony itu dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMPSA, Profesor Ts. Dr. Kamal Zuhairi Zamli.
Disediakan leh: Siti Nur Azwin Zulkapri, Pusat Komunikasi Korporat
- 40 views