Skip to main content

Kursus Bahasa Mandarin untuk Industri di UMP Tingkat bidang Profesional

Kuantan, 21 Disember-Kursus Bahasa Mandarin untuk pekerja Industri yang dianjurkan oleh Pusat Bahasa Mandarin dan Kebudayaan ( MLCC) Universiti Malaysia Pahang (UMP) mampu meningkatkan kemahiran pekerja dalam kerjaya masing-masing.

 

Baru-baru ini berlangsung kursus yang  ditawarkan buat staf  Alliance Steel (M) Sdn Bhd (ASSB), sebuah industri keluli besi yang terletak di Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) membabitkan seramai 30 orang staf. 

 

Bagi Pengarah Pusat Bahasa Mandarin dan Kebudayaan, Yong Ying Mei berkata , pembelajaran bahasa ketiga ini tidak lagi pada tahap asas, malah penguasaan bahasa ketiga dalam bidang profesional amat diperlukan dalam pasaran pekerjaan sekarang

 

“Kemahiran bahasa ketiga perlu ditingkatkan lagi walaupun mereka telah menguasai bahasa tersebut memandangkan keperluan dalam melaksanakan tugasan dan  berinteraksi,” katanya. 

 

Tambahnya, UMP sebagai universiti teknikal mempunyai tenaga pengajar yang berpengalaman dalam membantu pekerja Industri di sini. 

 

Apatah lagi hasil kerjasama UMP dengan Confucius Institute Headquaters (Hanban) dalam penubuhan Institut Confucius atau Kong Zi Institute yang bakal memanfaatkan mahasiswa dan masyarakat setempat terutamanya di negeri Pahang.

 

Bagi Mohd Shahrill Riza Mohd Fadzilah yang merupakan Eksekutif Sumber Manusia dan Bahagian Latihan berkata, tujuan kursus Industrial Mandarin ditawarkan ini untuk meningkatkan kebolehan dalam operasi industri, pekerja-pekerja digalakkan memahami kosa-kata Bahasa Mandarin dalam bidang industri keluli besi. 

 

Katanya, setiap ketua teknikal yang berasal dari negara China memimpin pasukan pekerja Malaysia menguasai kemahiran teknikal dalam proses pembuatan keluli besi. 

 

“Sebanyak 70 peratus pekerja di ASSB adalah warga Malaysia yang tidak memahami bahasa teknikal dalam bahasa Mandarin. Untuk mengurangkan halangan bahasa, maka industri bekerjasama dengan UMP menawarkan kursus Industrial Mandarin kepada pekerja kami,” katanya.

 

Bagi Eksekutif Pengurusan Busines,  Dzuliskandar Abdul Wahab, 31 yang berasal dari Melaka, 31, beliau mengambil inisiatif menyertai kursus Industri Mandarin yang dianjurkan antara industri dengan Universiti. 

 

“Walaupun saya pernah mempelajari Bahasa Mandarin di sekolah rendah pada zaman kecil, tetapi kursus yang ditawarkan ini membantu saya menguasai kosa kata teknikal yang digunakan oleh staf berbangsa Cina ketika bekerja.” katanya. 

 

Katanya, Bahasa Mandarin sangat membantu terutama bekerja di  syarikat majoriti berbangsa Cina  dan dapat mengelakkan halangan ketika berkomunikasi.

 

Bagi Norfazila  Sukur, 23, yang bertugas berkaitan Statistik berkata, walaupun beliau pernah mendapat pendidikan Bahasa Mandarin di sekolah rendah, tetapi bahasa teknikal dalam bahasa Mandarin tidak dapat dipelajari dari mana-mana institusi lain.

 

Pembelajaran Bahasa Mandarin dalam bidang teknikal sangat membantu beliau mengenal pasti nama segala peralatan yang digunakan di kilang dalam Bahasa Mandarin, terutamanya merujuk buku Industrial Mandarin yang dibangunkan oleh UMP.

 

Begitu  juga dengan Pengawai Tadbir di kilang pembuatan ASSB, Chong Zhen Yeap, 26, beliau sentiasa mengajar kosa-kata Bahasa Mandarin kepada rakan sekerja yang berbangsa Melayu supaya membantu mereka memahami komunikasi dengan pekerja dari negara China. Selain itu corak pembelajaran juga lebih seronok.

 

Dalam pada itu, kursus ini juga memanfaatkan buat dua orang pekerja berasal dari negara China yang mengikuti kursus Industrial Mandarin yang ditawarkan oleh UMP. 

 

Mereka adalah Dong Xu, 29, pekerja teknikal yang berasal dari China dan Pn Wu Change, 31, seorang pegawai di syarikat berkenaan.  Menurut Dong Xu, tenaga pengajar dari UMP bukan sahaja mengajar Bahasa Mandarin dalam bidang industri keluli besi, tetapi mereka  juga memperkenalkan budaya dan lain-lain.

 

Kini mereka juga mempelajari Bahasa Melayu dengan rakan sekerja  yang berwarganegara Malaysia untuk meningkatkan pemahaman dan komunikasi serta didedahkan dengan budaya kerja juga pengendalian mesyuarat secara lebih berkesan.

 

Disediakan oleh Yong Ying Mei dari Pusat Bahasa Mandarin dan Kebudayaan ( MLCC)

 

 

Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri