UMP raih Pingat Emas dan Anugerah Khas dalam i-Inova 2018
Nilai - Empat penyelidik muda Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya mengharumkan nama universiti apabila meraih empat pingat dalam 8th Exposition On Islamic Innovation (i-INOVA) 2018 anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini.
Pingat emas dan Anugerah Khas Fatimah Fehri telah dimenangi oleh Syarifah Nur Ezatie Mohd Isa dari Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli dengan tajuk penyelidikan G2men Coating And Insulation Spray From Industrial Wastes.