21 kumpulan berentap dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu UMPSA
PEKAN, 15 November 2024 – Sebanyak 21 Kumpulan Inovasi dan Kreativiti (KIK) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berentap yang melibatkan seramai 180 orang staf bertanding bagi kategori Inovasi Sosial dan Inovasi Penyampaian Perkhidmatan dalam sesi penjurian bermula dari 13 hingga 14 November 2024.
Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Hadiah Konvensyen Kumpulan Inovasi dan Kreativiti (KIK) Horizon Baharu Peringkat UMPSA Kali Ke-2 Tahun 2024 itu telah berlangsung di Dewan Serbaguna, UMPSA Pekan hari ni.
Sebanyak tiga hadiah utama dan lapan anugerah menjadi rebutan para peserta pada kali ini.
Johan bagi Konvensyen KIK Horizon Baharu UMPSA Kali Ke-2 2024 jatuh kepada kumpulan FASTECH dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP).
Manakala Naib Johan pula diungguli oleh kumpulan KIKEE dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE).
Manakala tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan PPPH Savior dari Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta (PPPH).
Tiga panel juri dilantik bagi penilaian KIK kali ini iaitu Pengarah Strategik dan Inovasi Tentera Darat,Bahagian Inspektorat Tentera Darat (BITD) Kementerian Pertahanan Malaysia, Kolonel Ir. Ts. Dr. Mohd Ghazali Abdul Rahman, Pensyarah Kanan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor, Azura Abdul Jamil@Kamarudzzaman dan Penolong Pengarah Unit Kawasan Larangan dan Tempat Larangan, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Jabatan Perdana Menteri, Muhammad Muzzammil Razali.
Menurut Penolong Naib Canselor (Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat), Profesor Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim, Konvensyen KIK UMPSA ini merupakan platform yang sangat penting untuk berkongsi idea, inovasi dan pengalaman pelaksanaan inovasi dan kreativiti di jabatan masing-masing.
“Melalui usaha ini, kita bukan sahaja dapat memupuk semangat kreativiti dalam kalangan warga universiti tetapi juga dapat membina jaringan yang lebih kukuh antara jabatan.
"Konvensyen KIK UMPSA ini bukan hanya sekadar satu acara tetapi merupakan satu langkah penting ke arah memupuk budaya inovasi dan kreativiti dalam kalangan warga kerja UMPSA," katanya ketika merasmikan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah KIK UMPSA.
Turut hadir Ketua Pustakawan, Kamariah Gono dan Pengarah Kanan
Pusat Pengurusan Strategik dan Kualiti (PPSK), Profesor Madya Ts. Dr. Herma Dina Setiabudi
Berikut merupakan senarai pemenang bagi lapan anugerah khas yang dipertandingkan.
Anugerah Harapan : SMART LAB VENTURES dari Fakukti Teknologi Kejuruteraan Awam
(FTKA)-DITEC
Anugerah Harapan : CATALYST dari Perpustakaan UMPSA
Anugerah Harapan : SUJANA KIRANA dari Pusat Bahasa Moden (PBM)
Anugerah Buku Projek Terbaik : FASTECH - FTKKP
Anugerah Persembahan Terbaik : KIKEE dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan
Elektronik (FTKEE)
Anugerah Khas Juri : AL-KHAWARIZMI dari Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN)
Anugerah Khas Juri : FTKMA dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif
(FTKMA)
Anugerah Khas Juri : SENTS dari Pusat Pembangunan Usahawa dan Kreatif (PUPUK, JHEPA)
Anugerah Kumpulan Popular : KIKEE dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan
Elektronik (FTKEE)
Anugerah Slaid Terbaik : FK FUSION dari Fakulti Komputeran (FK)
Anugerah Prop Persembahan : Terbaik: RISKIK 2.0 dari Jabatan Penyeliidikan dan Inovasi (JPI)
Anugerah Montaj Terbaik : FTKMA dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan
Automotif (FTKMA)
Disediakan Oleh: Naqiah Puaad, Pusat Komunikasi Korporat
- 288 views