Skip to main content

Mahasiswa UMP raih emas dan Anugerah Khas i-ENVEX 2018

Perlis - Mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya meraih Anugerah Khas, Double Gold, 5 pingat emas dan 1 gangsa dalam pertandingan International Engineering Invention & Innovation Exhibition (i- ENVEX) 2018 yang telah dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) baru-baru ini.

Projek bertajuk The Rheological And Thickening Properties of Cationic Xanthan Gum  dihasilkan Nur Azreen Ab. Jalil bersama penyelidik lain iaitu Norhanis Arbaa’in dan Rasidi Roslan dari Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) ini berjaya memenangi Double Gold dan Anugerah Khas i-ENVEX Green Technology dengan membawa pulang trofi, sijil penghargaan dan wang tunai sebanyak RM300. Hadiah disampaikan oleh Naib Canselor UniMAP, Profesor Dato’ Dr. Zul Azhar Zahid Jamal.

Menurut Nur Azreen, projek bersama syarikat Dimension Bid (DB) Sdn Bhd di bawah seliaan Profesor Dr. Jamil Ismail dan Profesor Madya Dr. Jamil Ismail ini berjaya menghasilkan produk “gelling agent” yang boleh digunakan pada suhu tinggi, mesra alam dan murah berbanding produk yang berada di pasaran.

“Projek “Industry Driven Project” ini mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dalam masa yang singkat. Segala usaha telah dilaksanakan melalui projek ini bagi meneroka penemuan baharu yang moden dan terkini selaras dengan keperluan masyarakat serta membudayakan teknologi dan keusahawanan melalui ekosistem universiti yang dinamik,” katanya.

Turut menang emas adalah Amira Shafiqa Rahim dengan produk bertajuk Gasoline From Plastic Waste VIA Zero Waste Process dan Felix Voon Sze Lee dengan hasil Eco.Mic: Novel Nutrient Removal in Wastewater VIA Energy  Efficient Process. Begitu juga dengan produk E-Kohle hasil kajian Ding Yong Jie dan penyelidikan Ashwindran Naidu A/L Sanderasagran bertajuk Innovative Bio Create  Material : Wash to Wealth turut raih pingat emas manakala pingat gangsa dimenangi oleh Nur Aida Farihin Ahliyasah.

Penganjuran  i-ENVEX 2018 menampilkan sebanyak 448 projek penyelidikan dalam dan luar negara yang dipertandingkan melalui empat kategori iaitu kategori institut pendidikan tinggi, antarabangsa, sekolah menengah dan sekolah kebangsaan dalam memupuk budaya penyelidikan.  

Disediakan oleh Mohammad Hakimi Kamarudin dari Bahagian Komunikasi Korporat

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Nur Laila binti Afandi