Skip to main content

MARS UMPSA iktiraf ketokohan kepimpinan pelajar dan alumni

KUANTAN, 18 Mei 2024 - Majlis Malam Anugerah Mercu Sanjung (MARS), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengiktiraf mahasiswa yang telah menunjukkan kepimpinan yang holistik dan kompeten selari dengan inisiatif strategik melahirkan graduan holistik. 

Majlis menyaksikan  sebanyak 28 anugerah yang merangkumi tiga komponen utama iaitu anugerah kepada mahasiswa, alumni dan industri telah dipertandingkan. 

Dalam majlis ini, pelajar UMPSA, Agha Khilfi Suarno dinobatkan penerima Anugerah Khas Mercu Sanjung Pemerkasaan Mahasiswa yang merupakan penghargaan khas bagi mengiktiraf pelajar yang telah berupaya memartabatkan agenda pemerkasaan mahasiswa di universiti ini.

Manakala  Arshada Nadia Abdullah pula dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Mahasiswa dan bagi Anugerah Tokoh Mahasiswa Harapan disandang oleh Fatin Nasuha Ahmad Puad.

MARS UMPSA iktiraf ketokohan kepimpinan pelajar dan alumni

Hadir menyampaikan anugerah ialah Pengerusi Lembaga Pengarah UMPSA, Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar dan Naib Canselor UMPSA, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin. 

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed.

Hadir sama dalam majlis ialah ahli LPU, Datin Noorazah Omar, Madyasir Ahmad Basir dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Profesor Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman. 

Menurut Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie, pengiktirafan ini mengiktiraf pelajar yang mengharumkan nama universiti dalam kelab atau persatuan mahupun bidang mereka. 

“Terdapat lapan teras aktiviti pelajar iaitu, kepimpinan, kebudayaan dan kesenian, kesukanan, kesukarelawan, khidmat komuniti, keusahawanan, pengucapan awam, kepimpinan daya usaha dan inovasi.

“Penganjuran MARS ini membuka peluang kepada mahasiswa untuk bersaing secara sihat dan terlibat secara langsung dalam aktiviti pembangunan sahsiah di UMPSA bagi melahirkan insan yang seimbang dalam bidang akademik serta kokurikulum.

“Ia juga merupakan platform terbaik untuk mengiktiraf dan memberi galakan kepada mahasiswa yang telah menunjukkan kepimpinan yang holistik serta kompeten selari dengan inisiatif strategik Graduan Holistik dalam Pelan Strategik UMPSA 2021-2025,” katanya. 

MARS UMPSA iktiraf ketokohan kepimpinan pelajar dan alumni

Sementara itu, Ikon Alumni dianugerahkan buat alumni Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (2006-2010) yang merupakan Pengurus Besar Permula Sdn. Bhd., Datuk Ts. Mohd Faiz Zulkifli.

Anugerah ini diberikan buat alumni yang telah banyak menyumbang jasa dan bergraduasi lebih sepuluh tahun daripada UMPSA. 

Manakala Ikon Alumni Inspirasi dianugerahkan kepada Pengarah Urusan Murs Ventures Sdn. Bhd., Muhammad Redzuad Ras Abdul Rask yang merupakan alumni Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Automotif (2014 - 2018).  

Anugerah ini diberikan buat alumni yang telah menyumbang kepada pembangunan pelajar dan menjadi pendorong buat alumni yang lain untuk terus kembali menyumbang kepada universiti. 

Bagi kategori Ikon Alumni Harapan pula dinobatkan kepada Pegawai Operasi Pasukan Khas Pertahanan Awam, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Lt. (PA) Kang Wei Xian.

Beliau terlibat dalam misi mencari dan menyelamat tragedi tanah runtuh di Batang Kali, tragedi nahas kapal terbang di Elmina Shah Alam dan gempa bumi di Turkiye. 

Lain-lain Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA) dinobatkan dengan Anugerah Fakulti Kebolehpasaran Graduan.

Anugerah Residen Pelajar Terbaik dimenangi Residen Pelajar 1, Persatuan  Pelajar Terbaik dimenangi Ikatan Siswa Anak Darul Ta'zim (Iskandar) dan Ikon Penasihat Persatuan pelajar dimenangi Mohamed Jamaluddin Miskan dari Iskandar. 

Turut berlangsung acara pelepasan Program Malaysia-China Advanced TVET Mobility Program (MYCHAT) yang  melibatkan 30 penyertaan pelajar UMPSA dan MTUN yang memfokuskan penyertaan pelajar bagi menjalani latihan dalam bidang Kejuruteraan Automotif dan Teknologi Kenderaan Elektrik (EV) di Beifang International Education China selama sepuluh  hari.

Disediakan Oleh: Siti Nur Azwin Zulkapri, Pusat Komunikasi Korporat 

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri