Skip to main content
PENCIPTA_01

UMP raih pingat hasil penyelidikan terbaik dalam Pecipta17

Kuala Terengganu, 9 Oktober- Universiti Malaysia Pahang (UMP) raih kejayaan 100 peratus apabila dianugerahkan enam pingat emas, dua pingat perak dan tujuh pingat gangsa dalam  Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (Pecipta) 2017 yang diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu baru-baru ini.

Pingat emas disumbangkan penyelidik Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA) iaitu Dr. Noormazlinah Ahmad dengan projek “Oligowell: Inulin Complex from Two Steps Production by Using Agricultural Desolation” yang merupakan inovasi terbaru dalam penghasilan bahan prebiotik atau dikenali sebagai OLIGOWELL™-Inulin Complex Inulin.

Bagi Dr. Noormazlinah, Inulin biasanya yang terdapat di pasaran kebanyakkannya diperolehi dari pengeluar terbesar dunia iaitu China, United Kingdom dan Jerman. Kebergantungan pada sejenis sahaja bahan mentah iaitu Akar Cikori dan juga permintaan yang semakin meningkat apabila mendapat perhatian untuk naiktaraf setiapmakanan dan minuman bagi menawarkan ke kualiti premium dengan adanya penambahan bahan prebiotik ini menyebabkan harga yang ditawarkan sangat mahal.

“Inovasi ini juga menjadi lebih signifikan apabila ianya bukan hanya menawarkan sejenis sahaja prebiotik (Inulin) malahan dengan gabungan pemanis alternatif yang juga prebiotik yang sangat berkhasiat pada bayi dan pesakit diabetik iaitu Fruktooligosakarida (FOS) menjadikan produk ini lebih kompleks dan memberikan kesan dual yang optimum pada segenap lapisan masyarakat,” katanya.

Selain itu, cara penghasilannya juga amat berbeza yag mana tidak menggunakan kaedah ekstrak dari pelarut tetapi menggunakan kaedah bioproses hijau dengan hanya menggunakan tindakbalas enzim dengan buah-buahan tempatan. Maka, dengan adanya inovasi ini menjadikan OLIGOWELL™-Inulin Complex yang pertama dihasilkan di Malaysia dan juga ke peringkat antarabangsa.  

Pingat emas turut diraih Profesor Dr. Hayder A. Abdul Bari dengan projek “Novel Fabrication Method of Medical Pre-Testing Microfluidics Blood Flow Chip” dan Mohd Najib Razali dengan projek “G-TREAT: Smart System for Water Sustainability.” Manakala dua lagi pingat emas diraih penyelidik Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (FKASA), Dr. Muzamir Hasan dengan projek “Encased Bottom Ash Column: Sustainable Ground Improvement Method” dan Abdul Syukor Abd Razak dengan projek “Pisoptera®: Novel Green Technology Solution for Eliminating Subterranean Termite”. Profesor Dr. Md. Mustafizur Rahman dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) juga menang pingat emas dengan projek “Novel Tool-Wear Mapping for Nano-coolant Based Green Machining Process.”

Sementara itu, pingat perak pula disumbangkan oleh Dr. Vo Nguyen Dai Viet dari Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA) dengan projek “A Reactor for Hydrogen Production with Low CO2 Emission” dan Dr. Yasir Hashim Naif dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) dengan projek “Flood Monitoring System”.

Selain itu, pingat gangsa dimenangi Profesor Madya Dr. Muhammad Nubli bin Abdul Wahab (PBMSK) dengan projek “Bio Psychotherapy Kit”, Profesor Madya Dr. Mahadzir Ishak (FKM) dengan projek “Pulse Wave Mode Technique of Low Power Fiber Laser for Metal Welding”, Dr. Ftwi Yohaness Hagos (FKM) dengan projek “Tri-Fuel Emulsion As Environmental Friendly Alternative Fuel” dan Profesor Madya Dr. Gaanty Pragas Maniam (FSTI) dengan projek “Food for Fatty Algae”. Begitu juga dengan Profesor Madya Dr. Khairunisa Muthusamy (FKASA) dengan projek “Concrite : Environmental Friendly And Low Cost Material”, Profesor Madya Dr Arun Gupta (FKKSA) dengan projek “MDF-Soft a Simulation Software for Wood Composite Industry” dan Dr. Muhammad Nomani Kabir (FSKKP) dengan projek “A Web-Extension for Authentication of Online Quran Texts”.

Dalam pada itu, Profesor Dr. Hayder A. Abdul Bari memenangi Anugerah Khas  bagi projek “Novel Fabrication Method of Medical Pre-Testing Microfluidics Blood Flow Chip”. Pecipta 2017 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) telah disempurnakan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Idris Jusoh yang turut dihadiri Naib Canselor UMP, Profesor Dato' Dr. Daing Nasir Ibrahim.  

 

Disediakan oleh Muhammad Nasiruddin Mansor dari Jabatan Penyelidikan dan Inovasi dan suntingan Bahagian Komunikasi Korporat

Reports by:
Admin UMP News