Buku terbitan UMP dilancar sempena BBW 2020
Kuantan, 5 Mac- Buku travelog perjalanan mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam membangunkan perniagaan sehingga berjaya berjudul “Saya Datang, Saya Lihat, Saya Takluk” hasil nukilan warga dalam kalangan mahasiswa Keusahawanan dan Pusat Keusahawanan dilancar baru-baru ini. Sebanyak empat buku UMP dilancarkan bersempena Pesta Jualan Big Bad Wolf (BBW) yang sedang berlangsung sejak 28 Februari sehingga 9 Mac 2020 ini di Kompleks Sukan UMP Gambang.