Skip to main content

Semakin banyak jangkitan, lebih tinggi risiko mutasi virus COVID-19

Proses evolusi bagi virus SARS-CoV-2 berlaku amat pantas. Sejak tercetus pandemik tahun lalu, pelbagai varian baharu muncul melalui proses mutasi.

Terkini, seluruh dunia digemparkan kemunculan varian Delta atau B.1.617.2 yang tidak pernah diundang. Sejak mula di kesan di India pada Disember 2020, virus ini tersebar ke seluruh pelosok dunia meliputi lebih 98 negara lain dalam tempoh sebulan.

Justeru, ia menjadi varian yang sangat dominan di seluruh India, termasuk negara lain seperti United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Scotland dan Israel dengan pertambahan amat mendadak di Malaysia.

Author
azwin