KUANTAN, 7 Mac 2025 – Pusat Pengurusan Strategik dan Kualiti (PPSK), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah mengadakan satu siri bengkel bagi membangunkan Pelan Strategik UMPSA 2026-2030 (UMPSA30) di Grand Darulmakmur Hotel.
Bengkel dua hari itu diadakan bertujuan untuk merangka hala tuju strategik universiti bagi tempoh lima tahun akan datang.
PEKAN, 12 Mac 2025 - Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Profesor Dr. Yatimah Alias menyasarkan enam fokus utama untuk membentuk warga universiti yang berdaya saing dengan mengutamakan keupayaan untuk bertindak responsif terhadap perubahan teknologi, industri dan keperluan global.
Beliau yakin UMPSA yang mempunyai banyak potensi akan lebih cemerlang sebagai sebuah universiti teknologi terunggul.
GAMBANG, 14 Mac 2025 - Sebanyak 400 pek makanan diedar dan pelbagai sumbangan makanan diterima oleh pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) sempena program tahunan Moh Sahur yang masuk tahun keempat anjuran Pahang FM bersama para penaja bagi mendekati golongan yang memerlukan.
KUANTAN, 12 Mac 2025 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengedarkan bubur lambuk dan gulai kawah secara percuma buat warga Kuantan hasil kerjasama semangat gotong-royong yang melibatkan sukarelawan pelajar dan staf Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA), UMPSA Advanced Education, Maxis Berhad dan Masjid Sultan Ahmad 1 baru-baru ini.
Program yang saban tahun diadakan bersempena Festival Indahnya Ramadan 2025 itu telah berlangsung di Masjid Sultan Ahmad 1.
GAMBANG, 8 Mac 2025 - Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Profesor Dr. Yatimah Alias, hari ini berkesempatan untuk menyantuni pelajar baharu Pengajian Ijazah Sarjana Muda bagi Sesi Akademik 2024/2025 yang mendaftar di UMPSA Kampus Gambang.
Dalam kesempatan yang sama, beliau turut bertemu dan bermesra dengan ibu bapa yang hadir, di samping mempereratkan lagi hubungan antara pihak universiti dan keluarga pelajar.
GAMBANG, 8 Mac 2025 - Ahmad Aiman As-Syukree, graduan diploma dari Institut Universitaire Technologie de Tours (IUT de Tours), Perancis, hari ini mendaftar sebagai pelajar baharu di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) untuk menyambung pengajiannya dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian.
GAMBANG, 8 Mac 2025 - Marsya Iwani Syahirah Mohd Izwan merupakan pelajar baharu di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan akan memulakan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Teknologi (Tenaga dan Persekitaran) dengan Kepujian.
Marsya, yang merupakan anak kedua daripada tiga orang adik-beradik itu kini melangkah ke alam universiti setelah berjaya menamatkan pengajian di peringkat diploma.
GAMBANG, 8 Mac 2025 - Lima sahabat yang berasal dari Sabah hari ini mendaftar bersama-sama di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bagi memulakan pengajian mereka dalam program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Petroleum) dengan Kepujian di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP).
Para pelajar ini, yang berusia 22 tahun, merupakan lepasan Diploma Kejuruteraan Mekanikal dari Politeknik Kota Kinabalu, Sabah.
PEKAN, 14 Mac 2025 – Dalam dunia Kejuruteraan Elektrik dan Kecerdasan Buatan (AI), nama Profesor Madya Dr. Mohd Herwan Sulaiman semakin dikenali sebagai penyelidik yang aktif dalam pengoptimuman sistem kuasa serta inovasi AI dalam bidang tenaga.
Beliau yang berasal dari Johor kini berkhidmat sebagai Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah) di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
PEKAN, 5 Mac 2025 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh jalinan hubungan antarabangsa dengan menganjurkan Hari Suai Kenal bagi pelajar antarabangsa baharu di Dewan Bankuet Canseleri Tun Abdul Razak, UMPSA Pekan.
Acara yang dianjurkan oleh Pusat Hubungan Antarabangsa (PuHA) itu bertujuan untuk membantu pelajar menyesuaikan diri dengan persekitaran akademik dan budaya di UMPSA serta mempererat hubungan antara pelajar dari pelbagai negara.
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) amat penting untuk memastikan kesejahteraan pekerja, mencegah kemalangan, kecederaan, dan penyakit, serta mewujudkan persekitaran kerja yang selamat. Di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHMO) bertanggungjawab untuk menguruskan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 (Akta A1648).
Keusahawanan sosial memainkan peranan penting dalam mencapai pembangunan ekonomi yang inklusif dan mampan. Projek tanaman cendawan yang diusahakan oleh syarikat pelajar bukan sahaja membentuk generasi muda yang celik keusahawanan tetapi juga sejajar dengan dasar kerajaan serta Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan setiap umat Islam di seluruh pelosok dunia, tanpa mengira bangsa mahupun warna kulit. Ia merupakan penghulu segala bulan, malah turut terkenal sebagai ‘madrasah’ atau institusi pendidikan yang berupaya melahirkan modal insan yang bertakwa. Ia merupakan tempoh yang paling sesuai untuk memperbaiki dan menguatkan kembali hubungan dan pergantungan seorang hamba kepada Tuhannya sesuai dengan nilai teras utama UMPSA, hubungan yang kuat dengan Yang Maha Pencipta.
Bidang bakeri di Malaysia telah menunjukkan perkembangan yang ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mencerminkan minat yang semakin meningkat dalam kalangan usahawan tempatan. Statistik terkini menunjukkan bahawa sektor ini bukan sahaja menyediakan peluang pekerjaan, tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Menjelang bulan Ramadan, umat Islam seluruh dunia akan mula berpuasa demi memenuhi tuntutan agama. Puasa merupakan amalan mulia dan ia juga sering dikaitkan dengan pelbagai manfaat kesihatan. Namun, terdapat segelintir masyarakat yang masih lagi keliru mengenai kesan puasa terhadap jisim otot. Tanggapan utama mereka adalah berpuasa boleh menyebabkan kehilangan otot secara drastik, namun sejauh manakah kebenarannya?