Skip to main content

UMPSA bakal anjur ‘NextGen Camp' sempena cuti sekolah

PEKAN, 27 Mei 2025 – Bersempena cuti sekolah yang bakal tiba, Pusat Bahasa Moden (PBM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) akan menganjurkan satu program pembelajaran bahasa yang dirangka khas untuk anak-anak staf UMPSA.  

NextGen Camp dipilih sebagai identiti program yang menggambarkan sisi dinamik serta elemen inovatif.

Program ini dijadualkan bakal berlangsung pada 30 Mei 2025 dan terbuka kepada 60 orang peserta berumur antara 10 hingga 12 tahun yang merangkumi pelbagai aktiviti interaktif untuk meningkatkan kemahiran berbahasa. 

Program ini merupakan inisiatif sulung oleh Unit Khidmat Komuniti di PBM bagi menonjolkan kepakaran tenaga pengajar bahasa serta perkongsian ilmu bersama komuniti.

Menariknya, NextGen Camp bukan sahaja memfokuskan kepada bahasa Inggeris, tetapi turut memperkenalkan bahasa asing seperti Mandarin, Arab, Jepun, Korea, serta bahasa Melayu menerusi pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan dan mudah difahami.

Menurut Ketua Unit Khidmat Komuniti, PBM, Nur Syafawati Sabuan, program ini juga bertujuan membina keyakinan anak-anak dalam berkomunikasi, selain menerapkan kemahiran asas seperti bertutur, membaca, menulis dan mendengar dalam pelbagai bahasa. 

“Pilihan bahasa yang ditawarkan pula dipilih berdasarkan kajian pasaran yang dijalankan dalam kalangan warga UMPSA.

“Program ini juga bertujuan membina keyakinan anak-anak dalam berkomunikasi, selain menerapkan kemahiran asas seperti bertutur, membaca, menulis dan mendengar dalam pelbagai bahasa. 

“Pilihan bahasa yang ditawarkan pula dipilih berdasarkan kajian pasaran yang dijalankan dalam kalangan warga UMPSA,” ujarnya. 

Tambah beliau lagi, penganjuran program ini dijangka memberi impak positif bukan sahaja kepada peserta, malah menjadi platform bagi PBM dalam memperluaskan peranan khidmat komuniti di peringkat dalaman serta jalinan kerjasama dengan pusat tanggungjawab yang lain dalam menjayakan program sebegini.

Sebarang maklumat lanjut mengenai NextGen Camp akan dimaklumkan melalui saluran rasmi portal, Facebook dan TikTok PBM tidak lama lagi.

Disediakan Oleh: Noraisah Nurul Fatwa Mohd Razali dan Nur Syafawati Sabuan, Pusat Bahasa Moden

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Admin UMP News