Skip to main content

Rumah Ngaji @UMP dilancar

Kuantan 2 Mac -  Rumah Ngaji@Universiti Malaysia Pahang  (UMP)  dilancarkan hari ini bagi  menawarkan kelas pengajian Al-Quran secara percuma kepada warga UMP dan masyarakat setempat.  Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengasas Warisan Ummah Ikhlas Foundation (WUIF), Datuk Dr. Hussamuddin Yaakub yang turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin dan Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN), Dr. Mahyudin Ismail.

Dalam ucapan perasmian, beliau mengucapkan terima kasih kepada UMP di atas kerjasama dalam mewujudkan Rumah Ngaji @UMP serta mengharapkan kerjasama ini dapat  meningkatkan pemahaman masyarakat Islam terhadap al-Quran.

"Dalam usaha kita mahu membentuk ummah yang memiliki minda dan akhlak al-Quran seharusnya keluarga adalah keutamaan. Lelaki sebagai ketua keluarga khususnya perlu bekerja keras memperkukuhkan ekonomi di samping menerapkan nilai-nilai murni," katanya. 

Dalam pada itu,  Prof. Dato’ Dr. Yuserrie berkata dengan ada Rumah Ngaji@UMP  ini ianya dapat memupuk amalan membaca al-Quran dalam kalangan warga UMP untuk mengambil peluang sepenuhnya untuk  belajar, memperbaiki bacaan, memahami dan mentadabbur ayat-ayat al-Quran. Selain amalan murni ianya juga selari dengan nilai teras utama UMP, iaitu hubungan yang kuat dengan Pencipta.
 

Selain itu, program ini terbuka kepada semua warga UMP dan masyarakat setempat yang ingin menyertainya. Secara tidak langsung dapat dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain. 

Semoga dengan program ini akan memberi kesan yang positif kepada UMP untuk tingkatkan kebaikan kepada pelajar dan masyarakat setempat, katanya.

Pelaksaan program di rumah Ngaji ini akan diadakan secara mingguan dengan menggunakan Buku Tajwid Al-Quran Asas Karangan Abu Mardhiyah, Kaedah Haraki dan Modul Rumah Ngaji.

Program turut diserikan dengan kehadiran pelakon Norman Hakim yang kini bergelar duta program tahunan World #QuranHour yang berkongsi pengalaman  berhijrah serta menyemarakkan gelombang program World #QuranHour  tahun ini.

Reports by:
Nur Laila binti Afandi