Karnival Kerjaya UMP tawar 10,000 peluang pekerjaan
Sebanyak 10,000 peluang dalam pelbagai bidang pekerjaan ditawarkan pada Karnival Kerjaya Universiti Malaysia Pahang (UMP)University To Industry anjuran Pusat Pembangunan dan Penempatan Kerjaya (CPDC) yang akan berlangsung selama dua hari pada 21 (Sabtu) dan 22 April (Ahad) ini bertempat di Dewan Astaka UMP Gambang.
Penasihat CPDC, Dato’ Ir. Jeffrey Chooi Beng berkata, karnival itu membolehkan pelajar mencari peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan masing-masing di samping memperoleh maklumat mengenai kriteria yang diperlukan oleh industri.
Program selama dua hari itu melibatkan 40 syarikat yang menyediakan peluang pekerjaan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dalam sektor masing-masing.
“Antaranya industri atau syarikat yang terlibat seperti Bosch Malaysiam Mercedes Benz Malaysia Sdn Bhd, Basf Petronas Chemical Sdn Bhd, Maxtrex Tyre Manufacturing Malaysia Sdn Bhd, Sunway Properties, Hong Leong Manufacturing Group, Sunway Properties dan banyak lagi.
”Disepanjang program ini pengunjung boleh mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar secara terus menerusi pelbagai aktiviviti yang dijalankan sepanjang karnival ini dijalankan seperti membantu pengunjung mempersiapkan diri dan bersedia sebelum menghadiri sesi temuduga sehingga berjaya dilamar majikan,” katanya.
Selain itu turut menyediakan pelbagai aktiviti berkaitan pembangunan pelajar sebagai persediaan untuk mereka melangkah ke alam pekerjaan seperti career month, industrial talk, booth camp dan resume polishing dan live interview dan One page Resume (OPR)
Program ini bermula jam 9.00 pagi sehingga 4.30 petang terbuka kepada semua pelajar UMP dan masyarakat sekitar terutamanya dari Kuantan, Pekan dan Gambang. Bagi mereka yang ingin mencari kerja hanya perlu membawa resume dan mengikuti sesi temuduga di syarikat dan agensi yang terlibat.
Pengunjung juga turut berpeluang mendapatkan input-input baharu mengenai kehendak industri di samping meningkatkan komunikasi dan kemahiran insaniah melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan.
Beliau juga berharap program akan ini menjadi platform dan perangsang kepada pelajar dan mesyarakat untuk mengambil peluang ini dengan sebaik mungkin dalam mendapatkan pekerjaan kerana pencari kerja dapat berhubung secara terus dengan bakal majikan dan boleh bertanyakan mengenai skop pekerjaan yang sesuai dengan mereka.
“Saya juga berharap pelajar tahun akhir dapat mengambil peluang ini untuk bertemu dengan wakil industri untuk mendapatkan maklumat dalam merancang pemilihan kerjaya yang bersesuaian dengan kelayakan akademik dan minat masing-masing.
Manakala Pengarah CPDC, Ir. Ts. Dr. Siti Zubaidah Sulaiman pula berkata, bersempena dengan karnival ini nanti akan berlangsung pelancaran UMP-Industry HR Consortium 2018 sebagai penyaluran maklumat serta informasi terkini serta mengukuhkan hubungan dua hala antara UMP dan industri.
Karnival ini juga terbuka kepada semua golongan pencari kerja, termasuk lepasan sekolah, graduan universiti, pekerja yang diberhentikan dan mereka yang mencari peluang pekerjaan baharu. Selain pameran kerjaya dan temuduga terbuka akvitivi lain yang dijalankan ialah khidmat nasihat kerjaya. Kepada pengunjung yang berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pihak urusetia di talian 09-5492637 atau fb: UMPMalaysia dan careerfairump2018.
Disediakan Nor Salwana Mohd. Idris dari Bahagian Komunikasi Korporat
- 157 views