Pegawai Eksekutif UMP tunai tanggungjawab sosial terhadap alam sekitar
Biarpun sibuk dengan tugasan di pejabat, kepuasan jelas tergambar pada wajah warga kerja Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam kalangan pegawai eksekutif universiti yang menjayakan Program Inisiatif Hijau (The Green Inisiative) 1 Kehidupan 1 Tanggungjawab (1Life 1Responsibility) di Rimbunan Cendekia UMP Pekan hari ini.
Menerusi program anjuran Persatuan Pegawai Tadbir dan Iktisas (PPTI) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Korporat & Kualiti (JHKK), seramai 50 pegawai eksekutif berkenaan bergotong- royong menanam sebanyak 100 anak pokok dari pelbagai spesis termasuk pokok Kelat Paya Hitam, Kayu Manis, Merawan Siput Jantan dan Keruing Neram.
Program dirasmikan Ketua Pegawai Operasi, Abd Hamid Majid yang menyampaikan ucapan tahniah di atas penganjuran program sebegini yang wajar dicontohi dalam berganding bahu menjayakan program inisiatif penghijauan kampus.
“Program inisiatif hijau ini juga merupakan menyumbang kepada UI Green Metric yang sedang dilaksanakan oleh UMP. Ianya juga dapat mencetuskan kesedaran dalam diri pegawai bahawa pentingnya memulihara alam sekitar dengan menanam pokok bagi tujuan udara yang lebih bersih dan segar,” katanya.
Ujar beliau, pemandangan UMP kini ketara berbeza berbanding tahun sebelum ini yang mana kita dapat lihat persekitaran UMP lebih indah dengan pokok-pokok yang semakin membesar dan keindahan tasik yang cantik.
Tambahnya, keindahan ini perlu dikekalkan menerusi tanggungjawab bersama di antara warga UMP. Walaupun jenis tanah di UMP ini tidak subur, namun pelbagai usaha dari warga UMP dan dibimbing oleh Unit Lanskap UMP berjaya menjadikan UMP terus melestarikan kehijauan kampus dan sentiasa indah.
Baginya keindahan kampus juga merupakan salah satu komponen yang dapat menarik minat pelajar untuk memilih universiti ini untuk menyambung pengajian.
Beliau juga turut mengalu-alukan sekiranya terdapat staf UMP yang secara sukarela untuk bersama-sama untuk menbantu dalam aktiviti menghijaukan kampus bersama dengan Unit Lanskap UMP.
Manakala Presiden PPTI, Arman A. Rahim melahirkan perasaan bangga dengan usaha dan komitmen dalam kalangan staf universiti yang telah menjayakan program ini secara sukarela.
Program ini juga dapat merapatkan silaturrahim terutamanya dalam kalangan ahli persatuan dari pelbagai jabatan memandangkan masing-masing sibuk dengan tugasan selain mengharapkan lebih banyak program dapat dijalankan selepas ini.
Aktiviti penanaman pokok bermula dengan taklimat dan penerangan kaedah penanaman pokok-pokok yang disampaikan Pengarah Unit Lanskap Dr. Murad Abd. Ghani.
Rimbunan Cendekia turut menempatkan sebanyak 30 pokok yang terdiri daripada Chengal, Meranti, Gaharu, Tualang dan Kelumpang Burung yang ditanam Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam bersempena menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor UA (JKNC) Bil.3/2016 berdekatan Bangunan Canseleri Tun Abdul Razak sebagai tanda ingatan dan penghijauan kampus. Ianya melambangkan tanda penyatuan semua golongan cendekiawan dalam menyuburkan bidang pendidikan yang selari dengan semangat `soaring upwards’ yang merupakan slogan bagi Kementerian Pendidikan Tinggi.

- 169 views