Skip to main content

Pusat Pembangunan Kelestarian SDG/ESG berkunjung ke Tanah Makmur Berhad (TMB)

KUANTAN, 1 Februari 2024 – Delegasi daripada Pusat Pembangunan Kelestarian (SDC) dan Fakulti Pengurusan Industri (FPI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah baru-baru ini telah berkunjung ke Tanah Makmur Berhad (TMB) di KotaSAS Kuantan. 

Menurut Pengarah SDC, Dr. Suhaidah Hussain, kunjungan ini adalah untuk membincangkan agenda kelestarian dan ESG yang boleh dijalankan Bersama dengan TMB.

“Program dan inisiatif itu merangkumi dalam bidang akademik, industri dan juga komuniti.

“SDC akan memainkan peranan sebagai Pusat Rujukan Pembangunan Kelestarian dan Isu Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang menyeluruh serta berdaya saing. 

“Justeru, UMPSA akan mewujudkan sinergi bersama institusi, organisasi dan komuniti dalam memperkasakan inisiatif kelestarian dan ES,” katanya. 

Pusat Pembangunan Kelestarian SDG ESG berkunjung ke Tanah Makmur Berhad

TMB merupakan sebuah syarikat yang berdaya saing dalam bidang perniagaan tani dan pembangunan hartanah terbesar di pantai Timur.

Antara bidang kelestarian dan ESG yang dibincangkan termasuklah mengenai pelaporan ESG, biodiversiti, penyahkarbonan, teknologi solar, penggunaan kereta elektrik (EV) dan juga teknologi dron.

Pihak TMB turut menyampai hasrat untuk menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama UMPSA agar rangkaian sinergi antara universiti dan industri dapat diperkasakan. 

Satu lawatan rasmi dari TMB ke UMPSA turut dirancang bagi mempelajari pelaksanaan inisiatif kelestarian di UMPSA dalam masa terdekat.

Turut hadir wakil dari FPI, Dr. Muhammad Fakhrul Yusuf dan Dr. Norwazli Abdul Wahab.

Manakala dari TMB pula adalah Pengurus Besar, Sumber Manusia dan Pentadbiran, Muhamad Adlan Ma'arup dan Pengurus Kanan, Tadbir Urus dan Kelestarian, Isrizal Israni. 

Beliau menggarapkan semoga kerjasama antara UMPSA dan TMB dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak. 

Disediakan Oleh:  Dr. Suhaidah Hussain, Pusat Pembangunan Kelestarian

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Admin UMP News