UMP Rai Bakal Jemaah Haji
Kuantan, 13 Julai- Universiti Malaysia Pahang (UMP) meraikan 14 staf UMP yang bakal menunaikan haji pada tahun ini. Program berlangsung di Dewan Bankuet,UMP Gambang baru-baru ini.
Antara staf yang bertuah iaitu dua pasangan suami isteri masing -masing berjaya terpilih untuk menunaikan haji iaitu Prof.Madya Dr. Syed Mohd Saufi Tuan Chik dan Dr Norida Ridzuan dari Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli (FKKSA). Begitu juga pasangan Noor Azura Omar (Perpustakaan) serta suaminya Prof.Madya Dr. Wan Mohd Hafizuddun Wan Yusoof (FKKSA).
Lain-lain adalah Dr. Adzhar Kamaluddin dan Shahrulanuar Ngah dari Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP) manakala Dr Mansor Sulaiman dan Abdul Kamil Jamaludin dari Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK).
Seterusnya Ir. Dr. Saffuan Wan Ahmad dari Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam, Dr. Azilah Ajit @Abd Aziz, Dr. Mohd Firdaus Hassan, Dr. Rosdiyana Samad dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik(FKEE), Hairul Ajiki Hashim dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTEK) serta Prof. Md. Mustafizur Rahman dari Jabatan Penyelidikan & Inovasi.
Majlis dihadiri oleh Naib Canselor UMP, Prof. Dato’ Sri Ts. Dr. Daing Nasir Ibrahim dan Pendaftar/ Ketua Pegawai Operasi, Abd Hamid Majid.
Prof. Dato’ Sri Dr. Daing Nasir melahirkan ucapan tahniah kepada staf yang menjadi tetamu Allah pada tahun ini. Beliau turut menasihatkan agar mereka sentiasa bersabar ketika melakukan ibadah di samping menjaga kesihatan agar dapat mencapai kesempurnaan dalam mengerjakan fardu haji.
Pada masa yang sama juga menyerahkan sumbangan universiti kepada bakal jemaah haji tersebut.
Menurut salah seorang bakal jemaah haji, Noor Azura Omar berkata, tidak menyangka usaha untuk membawa ayahnya yang telah uzur ke tanah suci di makbulkan.
“Ayah saya sememangnya telah lama menanti saat ini sejak arwah ibu masih ada lagi, sebab itu pada tahun ini saya telah membuat rayuan berulang kali kepada pihak Tabung Haji. Alhamdulillah, saya bukan sahaja dapat menunaikan bersama ayah malah bersama suami,” katanya.
Bagi Dr. Norida Ridzuan pula melahirkan rasa kesyukuran selepas menanti 10 tahun akhirnya mendapat tawaran pada tahun ini.
Ujarnya, terima kasih di atas keprihatinan pihak Universiti yang secara langsung dapat mengumpulkan staf yang bakal menunaikan haji pada tahun ini yang mungkin dapat membantu sekiranya terdapat permasalah di sana, katanya.
Disediakan Nor Salwana Mohd Idris dari Bahagian Komunikasi Korporat
- 109 views