Skip to main content

UMP, UNITEN bakal teroka kerjasama strategik berkaitan tenaga

PUTRAJAYA, 9 Januari 2023 - Kunjungan delegasi Universiti Malaysia Pahang (UMP) ke Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) baru-baru ini bakal berkongsi kepakaran dalam menjalinkan usaha sama dari segi akademik, teknologi, kepakaran dan lain-lain khususnya berkaitan tenaga (energy). 

Delegasi yang diketuai Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin bersama pengurusan tertinggi universiti disambut baik oleh Naib Canselor UNITEN, Profesor. Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman. 

Turut sama hadir mewakili UNITEN, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Penyelidikan), Profesor Dato' Ts. Dr. Mohd Zamri Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr. Abdul Aziz Mat Isa, Ketua Pegawai Operasi, Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Ezanee Rusli dan Pengarah Pendaftar, Tuan Haji Zulkarnain Md Nor.

UMP, UNITEN bakal teroka kerjasama strategik berkaitan tenaga

Menurut Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie, pihak pengurusan universiti kunjungan ini memberi peluang kedua-dua pengurusan universiti meneroka kerjasama terutamanya dalam pembangunan digital, penyelidikan serta kolaborasi dalam mengembangkan program TVET di kedua-dua universiti.

Turut dibincangkan perkongsian dan kolaborasi dalam kelestarian kewangan, geran industri, kampus pintar (smart campus) dan kampus hijau lestari (greener campus) bagi mencapai inisiatif tadbir urus alam sekitar, sosial dan korporat (ESG) bagi mencapai matlamat pembangunan mampan (SDG).

Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie turut berkongsi pencapaian universiti dalam penarafan (ranking) dan kebolehpasaran graduan yang mencapai 98 peratus pada tahun ini.

Manakala menurut Profesor Ir. Dr. Noor Azuan, sebagai universiti yang memiliki niche kepakaran dalam bidang tenaga, UNITEN menumpukan penyelidikan bagi mendalami aspek peralihan tenaga merangkumi isu perubahan iklim, pembangunan lestari dan sumber tenaga boleh baharu (TBB) di peringkat negara dan global.

Ujarnya, UNITEN bakal mempunyai  Pusat Tenaga Nasional (NEC)  sebagai salah satu usaha proaktif pihaknya menyumbang kepakaran dalam kalangan penyelidik terhadap agenda pembangunan negara.

UMP, UNITEN bakal teroka kerjasama strategik berkaitan tenaga

Menerusi penubuhan pusat kecemerlangan nasional bertaraf antarabangsa ini, lima pusat kecemerlangan diletakkan di bawah NEC iaitu Institut Tenaga Lestari (ISE), Institut Kejuruteraan Kuasa (IPE), Institut Infrastruktur Tenaga (IEI), Institut Dasar dan Penyelidikan Tenaga (IEPRe) dan Institut Informatik dan Pengkomputeran dalam Tenaga (IICE).

Dalam kunjungan itu juga, para delegasi turut berpeluang melawat Institute of Sustainable Energy (ISE), operasi Pusat  Pelanggan UNITEN  (UCC) dan sekitar kampus. 

UMP dalam rangka lawatan menanda aras terhadap Universiti Berkaitan Kerajaan Malaysia (GLU) yang terbukti melalui cemerlang dalam penarafan dan konsisten di peringkat dunia serta dalam negara.

Disediakan oleh: Mimi Rabita Abdul Wahit, Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Canseleri

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Mimi Rabita binti Abd Wahit