UMPSA perkenalkan Asas Penerbangan Dron sempena Kembara TVET@Kuala Krau
KUALA KRAU, 11 Oktober 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al- Sultan Abdullah (UMPSA) baru-baru ini telah mengerakkan inisiatif bagi memperkasakan TVET dalam kalangan pelajar sekolah dengan penganjuran Kembara TVET@Kuala Krau.
Salah satu aktiviti yang diadakan sempena Kembara TVET ini ialah Pengenalan dan Asas Penerbangan Dron.
Seramai 30 orang pelajar dari tingkatan 4 diberi taklimat mengenai teori dan sejarah dron, hukum fizik dron, asas pergerakan dron, demo dron dan juga praktikal dron bersama para pelajar.
Aktiviti tersebut dikendali oleh Pegawai-pegawai Latihan Vokasional, Ts. Mohd Tarmizy Che Kar, Ts. Mohd Idzwanrosli Mohd Ramli dan Abdul Rahman Fahmi Mat Hassan dari Pusat TVET Termaju.
Sementara bagi pelajar tingkatan 4, Nur Izati Abdul Halim berkata, beliau berasa teruja kerana berpeluang dapat mengendalikan dron buat pertama kalinya.
"Saya dapat mempelajari asas penerbangan dron dan komponen-komponen yang terdapat didalamnya," katanya.
Majlis Kembara TVET@Kuala Krau itu dirasmikan oleh Naib Canselor UMPSA, Profesor Dato' Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krau, Temerloh.
Seramai 400 pelajar dari tingkatan 3 dan 4 turut serta dalam program itu.
Disediakan Oleh: Siti Nurfarmy Ibrahim, Pusat Komunikasi Korporat