Skip to main content

UMP, HKA jalin kerjasama antarabangsa dalam Dual-Ijazah Kejuruteraan Elektrik (Elektronik)

JERMAN, 31 Mei 2022 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) meterai kerjasama dengan Hochshcule Karlsruhe (HKA) Jerman bagi menjalankan program Dual-Ijazah Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) UMP-HKA. 

Program Dual-Ijazah Kejuruteraan Elektrik (Elektonik) ini merupakan program dual-ijazah ketiga bersama HKA selepas kejayaan 12 tahun mengadakan program kerjasama dalam program kejuruteraan mekatronik dan automotif. 

Kolaborasi ini bakal memanfaatkan perkongsian dalam bidang Akademik, Penyelidikan, pertukaran staf dan pelajar serta latihan industri

Program menyaksikan Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Profesor Madya Dr. Hamdan Daniyal menandatangani perjanjian bersama Presiden HKA, Profesor Dr.-Ing. Frank Artinger bersempena lawatan kerja delegasi UMP ke Jerman. 

Turut sama Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman dan  Penolong Naib Canselor, Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat, Profesor Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina Nordin. 

Menurut Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz, kunjungan ini turut menanda aras kurikulum akademik program sedia ada seiring dengan teknologi terkini di Jerman. 

“Ini termasuklah usaha UMP bergerak ke arah transformasi digital dan kelestarian hijau khususnya di kedua-dua kampus UMP dan amnya di dalam negeri Pahang,” katanya.

Dalam pada itu, UMP juga memfokaskan agenda pembangunan mampan (SDG) ke arah kelestarian kampus dan pendigitalan seiring dengan pembangunan masa depan. 

Turut sama Pengarah Pusat Usaha Sama Strategik Akademik, Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Ruzaimi Mat Rejab, Pengarah Pusat Penempatan dan Pembangunan Kerjaya, Profesor Madya Saiful Anwar Che Ghani dan Hardyana Mohd Saman.

Manakala mewakili HKA ialah Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Informatik, Profesor Dr.-Ing. Manfred Strohrmann, Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Mekatronik , Profesor Dr.-Ing. Robert Weiß,  Profesor Dr.-Ing. Philipp Nenninger dan Profesor Dr.-Ing. Maurice Kettner.

Disediakan oleh: Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Ruzaimi Mat Rejab, Pusat Usaha Sama Strategik Akademik

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Nur Hartini binti Mohd Hatta