Skip to main content

UMPSA terima delegasi UI dan UNAIR, Indonesia

Gambang, 19 Ogos 2024 – Seramai 20 orang pelajar bersama tiga staf pengiring daripada Universitas Indonesia (UI) dan Universitas Airlangga (UNAIR) mengikuti Program Inbound Mobiliti Antarabangsa selama tujuh hari bermula pada 18 Ogos 2024  di Fakulti Sains dan Teknologi  Industri (FIST), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). 

Menurut Dekan FSTI, Profesor Madya Dr. Aizi Nor Mazila Ramli, program bertujuan mengukuh dan meningkatkan kerjasama strategik pada peringkat antarabangsa antara kedua-dua institusi serta memperkaya lagi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan di rantau ini. 

FSTI terima delegasi UI dan UNAIR, Indonesia

“Ia juga memberikan peluang kepada para pelajar antarabangsa untuk mengikuti persekitaran pembelajaran dan mempelajari budaya hidup yang berbeza di UMPSA, selain membantu mempromosikan universiti secara tidak langsung. 

“Kunjungan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan UMPSA dalam memperkukuh kerjasama antarabangsa serta memperluaskan jaringan akademik dan penyelidikan dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH). 

“Para pelajar antarabangsa akan mengikuti program berbentuk akademik serta budaya yang menarik dan dinamik di UMPSA yang akan memberikan pengalaman baharu kepada mereka. 

“Ia secara tidak langsung memberikan pengalaman unik kepada pelajar antarabangsa dan seterusnya mampu membuka peluang jalinan kerjasama strategik bersama institusi pendidikan tinggi,” katanya. 

Pelbagai program akan dijalankan sepanjang program inbound mobiliti antaranya sesi pengajaran dan latihan amali amalan kesihatan industri (industrial hygiene), lawatan di dua industri, penilaian amalan kesihatan industri, dan pembentangan hasil dapatan di industri. 

Disediakan Oleh: Nur Syafiqah Fauzan, Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI)

Reports by:
Admin UMP News