Penyelidik UMP hasil produk Kacip Fatimah bermutu tinggi
Dengan memfokuskan kejuruteraan Kimia dan Bioproses sebagai salah satu bidang tumpuan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya menghasilkan ekstrak Kacip Fatimah "microencapsulated" bermutu tinggi, stabil dan mempunyai hayat simpanan yang lebih panjang.
Kacip Fatimah yang sejak turun temurunnya dinikmati dalam kalangan wanita bagi mengembalikan tahap hormon khasnya kesihatan amnya ke tahap yang normal kini boleh terus dinikmati dalam bentuk dos mengikut sukatan yang betul.