Kekangan PKP tidak jejas Nur Sofia raih Anugerah Emas Konvokesyen UMPSA
GAMBANG, 21 Oktober 2023 - Umum mengetahui kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran peningkatan jumlah kes COVID-19 di negara ini kira-kira dua tahun lalu memberi kesan kepada kehidupan seluruh rakyat ketika itu.
Hal yang sama terjadi kepada penerima Anugerah Emas Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-18, Nur Sofia Idayu Didik Aprianto, 22, apabila bapanya yang bekerja sebagai tukang rumah terputus sumber pendapatan dek kekangan keluar bekerja.