Skip to main content

Datuk 10 cucu terima sarjana

KUANTAN - Seorang datuk kepada 10 cucu menjadi graduan paling berusia pada majlis Istiadat Konvokesyen Ke-13 di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Kampus Gambang di sini hari ini.

Mohd. Hamdan A. Razak, 61, berkata, komitmen yang diberikan sebelum menerima skrol Sarjana Alam Sekitar dan Keselamatan Pekerjaan pada majlis konvokesyen itu merupakan antara cabaran paling sukar dalam hidupnya.

"Tempoh pengajian peringkat sarjana di UMP adalah dua tahun dan saya gunakan masa dengan maksimum. Saya bekerja sepanjang minggu, pada Sabtu dan Ahad pula saya hadir kuliah.

"Saya sudah berumur, tenaga dan daya ingatan dalam subjek pengajian pun tidak secerdas orang muda. Itulah cabaran paling sukar apabila menyambung pelajaran di usia emas seperti ini," katanya.

Author
azwin