Kolaborasi UMPSA dan MTDC pertingkatkan penawaran kandungan digital (micro credentials)
SERDANG, 28 November 2023 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) jalin kerjasama dengan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) dalam mempertingkatkan lagi penghasilan kandungan digital akademik university (micro-credentials)
MTDC merupakan agensi yang terlibat dalam bidang pengkomersialan dan pemindahan teknologi, inkubasi serta pengurusan dana kerajaan berkaitan teknologi.
Malah, kerjasama ini juga turut melibatkan Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (PSPe) UMPSA.
Majlis menyaksikan Naib Canselor UMPSA, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin hadir bagi menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Ts. Haji Mohammad Hazani Haji Hassan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.
Turut sama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMPSA, Profesor Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman dan Pengarah PSPe, Profesor Madya Ts. Dr. Awanis Romli.
Menurut Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie, kolaborasi ini menyasarkan penghasilan modul akademik bagi tujuan latihan kepada komuniti dalam dan luar UMPSA.
“Program Micro-credential ini sebagai pensijilan bagi pengetahuan, kemahiran dan kecekapan yang dinilai dalam bidang tertentu yang direka daripada komponen program yang diakreditasi oleh MQA atau kursus stand-alone yang menyokong perkembangan profesional, teknikal, akademik dan peribadi pelajar/pekerja.
“Objektif utama kerjasama ini adalah untuk memantapkan lagi penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran secara Micro Credentials (MC) oleh kedua-dua agensi yang akan diselaraskan oleh pihak Technopreneur Training Academy (TENTRA), MTDC bagi memenuhi keperluan industri,” katanya.
“Kerjasama ini juga turut memfokuskan pembangunan modul MCI yang bersesuaian dan pembangunan bersama oleh 'Subject Matter Expert's (SME), UMPSA dan pakar dari pihak industri,” ujarnya.
Jalinan kolaborasi ini dapat memberi peluang yang lebih luas kepada prospek pelajar sekali gus memberikan manfaat yang lebih baik kepada pembangunan ekosistem teknologi industri.
Dalam pada itu, Profesor Dato' Ts. Dr. Yuserrie turut berpeluang melawat ke Co9P Experience Centre bagi melihat pembangunan teknologi rakan kerjasama MTDC.
Disediakan oleh: Nor Aaina Adhereena Muhammad Syukri, Pusat Komunikasi Korporat
- 61 views