Kolaborasi UMP dan MyHSRCorp dalam Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi
Kuala Lumpur - Universiti Malaysia Pahang (UMP) bersama tujuh institusi pendidikan tinggi (IPT) lain menjalinkan kerjasama dengan Malaysian High Speed Rail Corporation (MyHSRCorp) dalam merealisasikan pelan transformasi pengangkutan awam darat membabitkan kedua-dua negara iaitu Malaysia dan Singapura.
Dengan usahasama strategik ini ianya dapat meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran graduan dalam industri kereta api di negara ini apabila Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) ini bakal mewujudkan lebih 22000 peluang pekerjaan.