UMP dan BASF PETRONAS metrai kerjasama dalam pertukaran teknologi , pengetahuan dan pembangunan bakat
Pekan, 18 Disember- Sebagai peneraju bidang kejuruteraan dan teknologi serta kepakaran saintifik yang dimiliki, Universiti Malaysa Pahang (UMP) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan BASF PETRONAS Chemicals Sdn. Bhd. (BPC) yang merupakan syarikat peneraju bahan kimia terulung di negara ini.
Usaha ini bakal mengukuhkan hubungan kerjasama dalam pertukaran teknologi dan pembangunan modal insan antara kedua-dua institusi serta meningkatkan kebolehpasaran graduan (GE) berkompetensi.