Tanam pokok nadir khazanah buat generasi muda
PEKAN, 6 Disember 2021 - Dalam usaha menambahkan kehijauan kampus dan kesinambungan usaha universiti memelihara persekitaran kampus yang lebih lestari, Pejabat Naib Canselor (PNC), Universiti Malaysia Pahang (UMP) mengambil inisiatif melaksanakan Program Tanam Pokok Inisiatif Kampus Hijau Lestari di kawasan khas tumbuhan nadir seluas 5.3 ekar yang terletak berhampiran tasik UMP Pekan baru-baru ini.
Selain pokok nadir turut ditanam adalah pokok kelapa Matag yang juga ditanam sekitar tasik UMP.