Skip to main content

UMP raih Anugerah Khas dan 14 pingat emas dalam ITEX 2022

KUALA LUMPUR, 27 Mei 2022 - Penyelidikan Universiti Malaysia Pahang (UMP) raih Anugerah Khas , 14 pingat emas dan sepuluh pingat perak dalam Pameran Antarabangsa Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi 2022 (ITEX) yang berlangsung  di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 26 dan 27 Mei 2022. 
 
Produk penyelidikan Profesor Madya Dr. Saiful Anwar Che Ghani daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA) bertajuk ‘Smart-Steadi for Efficiënt Agarwood Essential Oil Extraction’ raih pingat emas dan Anugerah Khas Best Invention Universities & Educational Institutions.
 

Ujar Profesor Madya Dr. Saiful, inovasi Smart-Steadi ini digunakan untuk meningkatkan hasil pengekstrakan minyak gaharu dan dalam masa yang sama mengurangkan kos pengeluaran.
 
“Idea inovasi ini tercetus apabila saya terlibat sama dalam beberapa kajian membina fasiliti pemprosesan gaharu berskala industri bersama pengusaha gaharu tempatan dan luar negara.
 
“Perusahaan gaharu mampu dijadikan sebuah industri, contohnya, hasil kerjasama UMP di bawah Bioaromatic Research Center (BARCE) dengan PIJ Agarwood, sebuah anak syarikat negeri Johor yang kini sedang menyiapkan fasiliti pengekstrakan gaharu berkapasiti 38 sistem.
 
“Dengan berkembangnya industri ini di negara kita akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada komuniti,” katanya.
 

UMP raih Anugerah Khas dan 14 pingat emas dalam ITEX 2022

Dalam pada itu, Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin turut berbangga dan merakamkan penghargaan buat para penyelidik dengan pencapaian ini. 

Sebanyak 24 produk penyelidikan UMP yang dipamerkan dalam ITEX ini mendapat pengiktirafan.

Beliau hadir bertemu penyelidik dan menyaksikan sendiri hasil penyelidikan yang dipamerkan. 

Turut sama Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Ts. Dr. Kamal Zuhairi Zamli. 
 
Penganjuran ITEX merupakan sebuah pameran tahunan reka cipta dan inovasi bertaraf antarabangsa yang dihadiri pereka cipta dari dalam dan luar negara. 
 

ITEX 2022ITEX 2022ITEX 2022

Disediakan oleh: Mimi Rabita Abdul Wahit, Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Canseleri 

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri