Sistem SMART Aqua pantau kualiti air hasilkan udang karang berkualiti
PEKAN, 29 Disember 2021 – Spesis Udang Cherax Quadrinacatus atau juga dikenali sebagai Udang Karang (Lobster) Air Tawar bukan asing lagi bagi peminat makanan laut untuk menikmatinya walaupun harganya yang tinggi di pasaran.
Permintaan yang tinggi di Malaysia turut mendorong dan melahirkan ramai pengusaha dan penternak udang karang air tawar.