MASUM serlah bakat mahasiswa dalam sukan
Kuantan, 23 Julai- Penganjuran Karnival Sukan Universiti Malaysia (MASUM) bermula 23 Julai 2019 hingga 4 Ogos 2019 ini di Kompleks Sukan UMP Gambang menjadi medan atlet daripada institusi pendidikan tinggi (IPT) mempersiapkan diri ke peringkat antarabangsa.
Seramai 4,093 atlet dan pegawai dari 20 kontinjen Universiti Awam berada di UMP Kampus Gambang dan UMP Pekan sepanjang Karnival Sukan MASUM 2019 kali ini yang menyaksikan Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebagai tuan rumah penganjuran.