SUNGAI LEMBING KINI ASET PELANCONGAN NEGERI PAHANG
Sempena Tahun Melawat Pahang 2017, apa kata anda semua datang melawat Sungai Lembing yang menyimpan seribu satu kisah sejarah sebagai kawasan perlombongan tertua di Malaysia. Sungai Lembing merupakan sebuah pekan kecil yang terletak lebih kurang 45km dari bandar Kuantan, Pahang dan perjalanan mengambil masa 40 minit. Kewujudan pekan Sungai Lembing adalah sangat berkait rapat dengan kemunculan syarikat perlombongan yang menjalankan operasi perlombongan sekitar tahun 1906. Terdapat pelbagai versi tentang bagaimana Sungai Lembing mendapat nama.