Wacana ilmu dedah teknologi dron di Malaysia
PEKAN, 15 Ogos 2023 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengadakan program wacana ilmu yang bertajuk ‘Teknologi Dron di Malaysia: Bersediakah Kita?’.
Program anjuran Jabatan Penyelidikan dan Inovasi itu merupakan langkah proaktif universiti dalam mendalami pengetahuan mengenai horizon baharu teknologi dron terhadap sektor pembangunan ekonomi di dalam negara.