Skip to main content

UMPSA rai atlet cemerlang dalam Majlis Apresiasi Atlet 2024

PEKAN, 13 Mei 2025 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah  menganjurkan Majlis Apresiasi Atlet UMPSA 2024 bagi meraikan kejayaan dan pengorbanan para atlet yang telah mengharumkan nama universiti sepanjang tahun lalu. 

Majlis yang berlangsung di Dewan Bankuet, Canseleri Tun Abdul Razak itu telah dirasmikan oleh Naib Canselor, Profesor Dr. Yatimah Alias.

Profesor Dr. Yatimah  menzahirkan perasaan bangga atas pencapaian cemerlang 213 atlet UMPSA yang telah menyertai pelbagai kejohanan di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT), kebangsaan dan antarabangsa sepanjang tahun 2024. 

UMPSA rai atlet cemerlang dalam Majlis Apresiasi Atlet 2024

UMPSA telah berjaya meraih 19 pingat emas, 15 perak dan 26 gangsa daripada penyertaan dalam pelbagai kejohanan termasuk Malaysian Silat Varsity International Championship (MASVIC), Varsity Track & Field (VTF), Liga Futsal IPT (LFIPT), SUKIPT, 2nd Asian University Archery Championship dan ASEAN University Games (AUG) di Surabaya, Indonesia.

Sebagai penghargaan, seramai 13 atlet menerima insentif bagi kategori individu manakala tiga pasukan pula diraikan atas pencapaian mereka yang membanggakan. 

Profesor Dr. Yatimah Alias turut menyeru agar semua atlet terus mengekalkan semangat juang dan komitmen tinggi demi mengharumkan nama universiti ke peringkat yang lebih tinggi.

“Saya berharap dengan pencapaian yang membanggakan ini, para atlet dapat terus komited dan menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk melakukan yang terbaik dan seterusnya melengkapkan sasaran kejuaraan pada kejohanan-kejohanan akan datang.

“Gunakanlah ruang dan peluang mewakili universiti ini dengan sebaiknya dan janganlah sekadar bertanding atas prestasi selaku wakil universiti semata-mata, tetapi paling penting bersaing secara sihat dan menggangkat nama UMPSA sama tinggi dengan universiti-universiti lain,” ujarnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Pusat Sukan yang berusaha keras dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik dalam membantu  pembangunan sukan UMPSA secara progresif dan cemerlang. 

Tidak ketinggalan, sekalung penghargaan diberikan kepada pihak urus setia yang bertungkus-lumus bagi memastikan kelancaran Majlis Apresiasi Atlet UMPSA 2024 ini.

Majlis itu menjadi simbol sokongan dan pengiktirafan UMPSA terhadap kecemerlangan sukan dalam kalangan mahasiswa serta komitmen universiti dalam melahirkan atlet yang berdaya saing.

Disediakan Oleh: Naqiah Puaad, Pusat Komunikasi Korporat
 

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Naqiah Puaad