UMPSA dan Kerajaan Negeri Pahang Kaji Kebolehlaksanaan Pembinaan Spur Line ECRL
KUANTAN, 3 Ogos 2023 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menerusi Institut Tamadun dan Kajian Strategik (ITKAS) bakal melaksanakan Kajian Kebolehsanaan Pembinaan Spur Line Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Negeri Pahang hasil kerjasama dengan pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang melalui Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri (BPEN) Pahang.