Skip to main content

Sumud Flotilla bangkitkan empati di UMPSA

PEKAN, 16 April 2026 – Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menganjurkan satu program perkongsian ilmu bertajuk ‘Kehidupan atau Sumud Flotilla: Bila Niat Ikhlas Mengubah Dunia’ yang berlangsung di Auditorium Perpustakaan UMPSA Pekan.

Program itu menampilkan penceramah jemputan, Ustaz Muhammad Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mad Kechik, seorang pendakwah dan aktivis kemanusiaan yang berkongsi pengalaman sebenar beliau dari medan misi kemanusiaan.