Cuaca panas tidak halang 88 warga UMPSA daki Bukit Panorama
SUNGAI LEMBING, 6 Mac 2024 – Cuasa panas ternyata tidak menghalang seramai 88 staf Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) serta mahasiswa Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengambil bahagian dalam aktiviti gaya hidup sihat dengan mendaki Bukit Panorama.
Program ‘Sesejuk Embun Bukit Panaroma’ itu turut disertai oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Aumni), Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed.
Program itu bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan warga universiti.
Ia juga turut memberikan peluang kepada peserta untuk menikmati keindahan alam semula jadi yang menakjubkan di samping dapat memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain.
Sepanjang pendakian, para peserta telah dapat melihat pemandangan luar biasa dari puncak bukit.
Malah, pada masa yang sama para peserta dapat melihat pemandangan yang amat menakjubkan iaitu matahari terbit dan pemandangan awan yang menutupi hutan.
Setelah keletihan mendaki, para peserta menikmati aktivit barbeku di tepi sungai di Pasir Puteri, Sungai Lembing.
Suasana yang tenang ini memberi peluang kepada semua peserta untuk bersantai dan bersosial sambil menikmati hidangan yang lazat.
Kegiatan ini bukan sahaja memberikan manfaat fizikal kepada peserta tetapi juga memberi pengalaman yang berharga dalam memperkukuhkan hubungan antara staf dan pelajar di JHEPA.
Ini adalah satu pengalaman yang akan diingati semua peserta dan diharapkan akan menjadi pemangkin semangat untuk lebih banyak aktiviti yang berkaitan dengan gaya hidup sihat untuk masa hadapan.
Disediakan Oleh: Siti Aishah Md Jenal, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) dan Naqiah Puaad, Pusat Komunikasi Korporat
- 197 views