Skip to main content

MPP UMPSA pupuk kesedaran pengurusan kewangan masa depan melalui perkongsian eksklusif bersama KWSP

GAMBANG, 8 Mei 2026 – Dalam usaha memupuk kesedaran tentang kepentingan perancangan persaraan dan keselamatan kewangan jangka panjang, satu sesi perkongsian eksklusif bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah berjaya dilaksanakan sempena Financial Literacy Month. 

Program berimpak tinggi ini telah menarik minat dan komitmen yang amat menggalakkan dengan penglibatan seramai 222 orang peserta yang terdiri daripada kalangan mahasiswa Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Sesi ilmiah yang berlangsung penuh interaktif ini telah dikendalikan oleh Pakar Rujuk Hubungan (Relationship Advisor) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Cawangan Kuantan, Nor Azizah Mohd Aziz. 

MPP UMPSA pupuk kesedaran pengurusan kewangan masa depan melalui perkongsian eksklusif bersama KWSP

Dalam perkongsian tersebut, beliau telah menyalurkan pelbagai input kritikal serta strategi praktikal mengenai kepentingan membina tabiat menyimpan yang sihat seawal usia muda.

Menurut Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Nurul Adlina, para peserta turut didedahkan dengan landasan yang betul dalam mempersiapkan diri mendepani cabaran ekonomi masa hadapan demi menjamin kestabilan kewangan pascapersaraan kelak.

MPP UMPSA pupuk kesedaran pengurusan kewangan masa depan melalui perkongsian eksklusif bersama KWSP

“Penganjuran program ini menjadi bukti nyata keprihatinan kepimpinan mahasiswa dalam memperkasakan ilmu literasi kewangan yang sering kali dipandang sepi oleh golongan muda. 

“Melalui inisiatif bermakna sempena Financial Literacy Month ini adalah diharapkan agar setiap ilmu yang diperoleh mampu mentransformasikan corak pemikiran mahasiswa UMPSA untuk menjadi individu yang lebih bijak merancang masa depan, sekali gus melahirkan generasi graduan yang celik kewangan dan berdaya saing tinggi,” katanya. 

Disediakan Oleh: Nurul Adlina A'zmi, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri