Skip to main content

PPPH serah 200 botol madu kelulut asli kepada Yayasan UMPSA sebagai penghargaan buat penyumbang

PEKAN, 8 September 2026 — Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta (PPPH), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) hari ini menyerahkan fasa pertama tempahan madu kelulut sebanyak 200 botol bersaiz 100ml kepada Yayasan UMPSA dalam satu sesi penyerahan rasmi yang berlangsung di Bilik Mesyuarat PPPH, UMPSA Pekan.

Sesi penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah PPPH, Ts. Izwan Ismail kepada Ketua Eksekutif Yayasan UMPSA, Mohd Jamil Mohd Ja'afar.

Majlis turut disaksikan oleh Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan PPPH, Sr. Nur Rafidah Hamdan, Eksekutif Kanan PPPH, Muhammad Hafiz Aswad Ahmad Kamal serta beberapa orang wakil daripada Yayasan UMPSA.

PPPH serah 200 botol madu kelulut asli kepada Yayasan UMPSA sebagai penghargaan buat penyumbang

Menurut Ts. Izwan, penyerahan ini merupakan sebahagian daripada tempahan keseluruhan sebanyak 400 botol madu kelulut yang dibuat oleh Yayasan UMPSA. 

“Produk ini bakal dijadikan sebagai cenderamata khas tanda penghargaan kepada para staf UMPSA yang membuat sumbangan menerusi skim potongan gaji bulanan kepada Yayasan UMPSA.

“Untuk rekod, madu kelulut ini merupakan hasil tuaian secara berterusan daripada sarang kelulut yang dikendalikan secara dalaman oleh pihak PPPH sejak tahun 2022. 

“Madu yang dihasilkan terjamin kualitinya kerana ia adalah 100 peratus tulen tanpa sebarang campuran bahan asing seperti air atau gula,” ujarnya. 

Melihat kepada potensi dan kualiti produk berkenaan, PPPH kini sedang giat mempertingkatkan pengeluaran madu kelulut tersebut. 

PPPH serah 200 botol madu kelulut asli kepada Yayasan UMPSA sebagai penghargaan buat penyumbang

Langkah ini bagi membolehkan produk berkenaan dipasarkan secara lebih meluas kepada warga UMPSA serta dijadikan sebagai cenderamata rasmi universiti untuk pelawat mahupun agensi luar.

Inisiatif dan kerjasama strategik antara PPPH dan Yayasan UMPSA ini diharapkan bukan sahaja dapat menggalakkan lagi amalan menyumbang dalam kalangan staf, malah memartabatkan hasil usaha penternakan serta inovasi dalaman kampus.

Disediakan Oleh: Muhammad Hafiz Aswad Ahmad Kamal, Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta (PPPH)

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri