Staf Pentadbir UMPSA memperkukuh jaringan profesional melalui Bengkel Pelan Strategik MASTI 2026/2027
KUALA TERENGGANU, 22 Januari 2026 – Seramai enam orang staf pentadbir Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menghadiri Mesyuarat Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) yang berlangsung selama tiga hari bermula 20 sehingga 22 Februari 2026 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu.
Para pentadbir yang menyertai program ini terdiri daripada Eksekutif Kanan, Penerbit UMPSA, merangkap Presiden Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PPTI) Sesi 2025/2026 yang juga menjawat jawatan sebagai Ketua Komunikasi Strategik, Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI), Eksekutif Kanan, Pusat Jaminan Kualiti Akademik, Pusat Pengurusan Strategik dan Kualiti merangkap Setiausaha Agung PPTI Sesi 2025/2026, Zahiruddin Mohd Zain dan Pegawai Belia dan Sukan Kanan merangkap Penasihat Khas Pengurusan MASTI (Sukan dan Rekreasi), Al-Muhaimin Ali.
Turut hadir Eksekutif Kanan, Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, Amirul Ahmad, Eksekutif Kanan, Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, Ahmad Fadly Ibrahim dan Eksekutif Kanan Teknologi Maklumat, Pusat Teknologi Digital, Mohd Suhaimi Hassan.
Penyertaan ini bertujuan memperkukuh jaringan profesional dalam kalangan pentadbir universiti awam (UA) dan membincangkan isu-isu berkaitan tadbir urus, kebajikan dan pembangunan kerjaya staf pentadbiran institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Mesyuarat tersebut turut menjadi platform perkongsian amalan terbaik dan penyeragaman hala tuju pentadbiran selari dengan keperluan semasa pendidikan tinggi negara.

Selain aspek profesional, kewujudan persatuan seperti MASTI secara amnya dan PPTI UMPSA khususnya turut memberi manfaat dari sudut psikologi organisasi, khususnya dalam memperkukuh rasa kebersamaan, sokongan sosial dan identiti profesional dalam kalangan staf pentadbiran.
Persekitaran sokongan ini dilihat mampu meningkatkan kesejahteraan emosi, motivasi kerja dan keyakinan diri staf dalam melaksanakan peranan strategik mereka.
Presiden MASTI, Wan Mohd Wazir Wan Abdul Wahab turut menzahirkan agar MASTI terus menjadi wadah untuk menjaga kebajikan dan kemajuan kerjaya Pentadbir Universiti Awam Malaysia.
Manakala menurut Muhammad Azli pula penyertaan pada mesyuarat ini merupakan julung kali melibatkan penyertaan seramai enam orang wakil staf UMPSA.
“Ini membuktikan komitmen UMPSA dalam meningkatkan peluang dan ruang kepada staf pentadbir untuk terus memberikan sumbangan bermakna kepada institusi ini.
“Selain itu, melalui pertemuan dan perbincangan ini banyak pertukaran idea dan kerjasama bakal dilaksanakan antara MASTI UA di Malaysia.
“Malah, pelbagai amalan terbaik juga dapat dibincangkan antara satu sama lain agar dapat memberi manfaat kepada semua staf pentadbir,” ujarnya.
Kehadiran wakil UMPSA ke mesyuarat ini mencerminkan komitmen universiti dalam memperkasa pembangunan profesional staf pengurusan dan profesional secara holistik yang mewakili semua skim, selari dengan Agenda Strategik UMPSA serta penghayatan nilai teras SPIROS (Skills, Perfection, Impact, Resillence, Optimization dan Sustainability) yang menekankan profesionalisme, integriti dan kesejahteraan warga, sekali gus memperkukuh peranan strategik mereka dalam ekosistem pengurusan universiti.
Disediakan Oleh: Zahiruddin Mohd Zain, Pusat Pengurusan Strategik dan Kualiti (PPSK)
- 67 views
Reports by: