Skip to main content

UMPSA bersihkan Pantai Lagenda sempena Program Gaya Hidup Sihat

PEKAN, 18 Februari 2025 – Seramai 25 orang peserta dalam kalangan staf Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menyertai Program Gaya Hidup Sihat PTVET Siri 1 anjuran Pusat TVET (PTVET) Termaju UMPSA di Pantai Lagenda, Kuala Pahang baru-baru ini.  

Antara aktiviti yang diadakan adalah Fun Ride dan aktiviti pembersihan pantai (plogging).

Para peserta turut berbasikal sejauh 4 km dari bangunan Kilang Pembelajaran, PTVET hingga ke Pantai Lagenda diiringi Bahagian Keselamatan UMPSA. 

Pada masa yang sama, para peserta meneruskan program dengan melaksankan aktiviti plogging. 

Menurut Pengarah PTVET Termaju, Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Shahrir Mohd Sani, beliau menghargai komitmen yang diberikan dan berharap program seperti ini akan mengeratkan silaturahim antara semua pihak. 

“Program ini merupakan salah satu inisiatif di bawah JKKP PTVET bagi memastikan staf sentiasa kekal aktif bersenam.

“Selain itu, program seperti ini dapat menyokong kepada inisiatif kelestarian kampus iaitu SDG 3, SDG SDG13 dan SDG 14,” ujarnya. 

UMPSA bersihkan Pantai Lagenda sempena Program Gaya Hidup Sihat

Selain daripada staf UMPSA, seramai 11 orang pekerja operasi dan penguatkuasaan SWCorp Cawangan Pahang dan Alam Flora turut menyertai aktiviti plogging tersebut. 

Ujar Penyelia Kawasan Pantai Lagenda Alam Flora, Shahrul Helmi, pelaksanaan aktiviti seperti ini adalah bagus kerana dapat memberi manfaat yang baik terutamanya kepada alam sekitar di samping amalan gaya hidup yang sihat dalam kalangan staf dan komuniti. 

Turut hadir Pengarah Pusat Pembangunan Kelestarian, Dr. Suhaidah Hussain. 

Program turut disertai Pusat Pembangunan Kelestarian (SDC), Pusat Inovasi dan Daya Saing Akademik (PIDA), Pusat Akreditasi Akademik (PAA) dan Pejabat Penolong Naib Canselor Pengembangan Akademik (PNCPA) sertra wakil-wakil daripada SWCorp dan juga Alam Flora. 

Disediakan Oleh: Norul Fadilah Abdullah, Pusat Pembangunan Kelestarian

Reports by:
Admin UMP News